
Anies Usaha Enterprise akan mengikuti Seminar Peningkatan Daya Saing Usahawan Wanita yang akan berlangsung pada 6 Ogos 2009 di Kompleks MPC Wilayah Selatan Johor Bahru. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk menyahut saranan kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke 9 supaya ramai wanita terlibat dalam Pembangunan Nasional. Usahawan wanita perlu dilengkapkan dengan kepakaran dan pengetahuan bagi membolehkan mereka berdaya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi berasaskan pengetahuan. Antara tajuk yang akan dibentangkan ialah Isu & Cabaran Wanita Dalam Perniagaan disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Hazimah Zainuddin Presiden Peniagawati, disusuli pembentang kedua Y.Bhg. Dato' Azlin Ahmad Shaharbi dengan tajuk Aspek Undang-Undang Menentukan Kejayaan Perniagaan serta Perkongsian Pengalaman Dan Cabaran Dalam Bisnes Keluarga yang disampaikan oleh Pn. Hjh. Norlela Zubir.

Anies Usaha Enterprise memperkenalkan Dodol Bersalut Coklat buatan tangan (Homemade) yang benar-benar enak dan lain dari yang lain! Para pelanggan mempunyai pilihan yang pelbagai samada untuk menikmati Dodol Bersalut Coklat Asli atau diadun bersama Badam atau Gajus Bakar yang sedap dan rangup. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa atau dijadikan cenderahati Korporat, buah tangan untuk saudara mara atau sahabat handai. Pelanggan yang menempah sebelum 31 Ogos 2009 akan mendapat hadiah percuma yang istimewa dari Anies Usaha Enterprise.
Tempahan hamper dan makanan tradisional seperti dodol dan kuih sepit dengan tawaran harga yang menarik dibuka sehingga 31 Ogos 2009. Dodol bersalut Chocolate merupakan produk terbaru Anies Usaha Enterprise yang mendapat sambutan hangat sejak ia dilancarkan pada 21 Jun 2009 di Persada yang lalu. Tat Sepit, Tat Gulung dan Biskut Dahlia serta Snow White Cookies merupakan produk yang mendapat permintaan yang tinggi sejak tahun lepas.
Antara produk keluaran Anies Usaha Enterprise sempena menyambut Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini ialah Chocolate Almond Finger. Diperbuat dari bahan-bahan bermutu dan terpilih supaya keenakkannya jelas terasa dan sesuai bagi para pelanggan yang mementingkan kualiti dan rasa.
