Monday, September 22, 2008

Malaysian Traditional Food Planet Jenama Manies


Majlis Perasmian Malaysian Traditional Food Planet Jenama Manies dilancarkan oleh Tan Sri Dato' Azman Hj. Mokhtar Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad di Hotel Putra, Kuala Lumpur 12 Jun 2008. Jenama Manies mengeluarkan produk makanan tradisional yang bukan saja diterima oleh masyarakat tempatan malah pasaran antarbangsa.

Sunday, September 21, 2008

Promosi Musim Perayaan Makanan Tradisional Jenama MANIES , Resipi Tradisi sejak tahun 1950


Roll Biscuit, Triangle Biscuit, Malay Candy & Strawberry Twillis Cookies mendapat permintaan yang menggalakkan dari pelanggan. Kombinasi makanan tradisi dan moden ini menarik pelanggan membuat tempahan untuk dijadikan buah tangan sebagai tanda ingatan sempena menyambut musim perayaan. Sesiapa yang berminat membuat pesanan boleh hubungi talian : 019-728 4436 atau email : aue_manies@yahoo.com

Anies Usaha Enterprise bekerjasama dengan PHASER PKNS

Anies Usaha Enterprise telah menjalinkan kerjasama dengan Usahawan Siswazah Phaser PKNS sebagai rakan niaga bagi memasarkan produk Jenama Manies. Program Phaser ini dianjurkan oleh PKNS dengan kerjasama MARA dan MECD yang mana program ini membantu siswazah untuk menjadi Usahawan dalam masa 6 bulan.

Sesi Dialog Bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas


Anies Usaha Enterprise telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed di MAHA 2008, bagi membincangkan dan mengutarakan masalah dan cabaran semasa yang dihadapi sebagai usahawan IKS.

Anies Usaha @ Ekspo PKS 2008 Plaza Angsana





Dato' Abdul Ghani Othman bersama Datuk Maulizan Bujang meninjau booth Anies di Ekspo PKS , Plaza Angsana Johor Bahru.



Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman berkata, "Pembangunan Iskandar Malaysia secara tidak langsung akan memberi banyak peluang untuk dimanfaatkan sektor Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) di Johor. Kita cuma perlu kepada langkah-langkah yang menjadikan sektor ini lebih kukuh kerana sudah menjadi lumrah, untuk sampai kepada pasaran luas, perlu kepada peningkatan mutu, kuantiti, pembungkusan, dan penjenamaan yang lebih baik."

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Ekspo Perusahaan Kecil dan Sederhana Johor 2008, di Plaza Angsana Johor Bahru, 11 Ogos 2008. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Latiff Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi, Dato’ Maulizan Bujang.

Thursday, September 18, 2008

Hamper Pelbagai Pilihan Keluaran Anies Usaha Enterprise


Pelbagai pilihan untuk pelanggan bagi melengkapkan kemeriahan musim perayaan dengan hamper yang klasik dan tradisi. Aneka pilihan disediakan supaya para pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
Goody bag juga menjadi pilihan pelanggan yang memerlukan buah tangan yang ringkas sebagai tanda ingatan tetapi lengkap dengan pakej makanan tradisi amat sesuai untuk sambutan musim perayaan.

Anies Membekal Hamper Makanan Tradisional dan Aneka Biskut




Hamper kotak mengkuang amat diminati oleh pelanggan yang gemarkan suasana klasik dan tradisi. Kad ucapan turut disediakan kepada pelanggan yang menempah hamper untuk dihadiahkan kepada rakan, teman dan saudara mara.







Homemade quality, sedap & halal kerana 100% buatan muslim. Aneka biskut raya tradisi diolah dengan citarasa terkini.


Tower hamper merupakan salah satu jenis hamper yang disediakan oleh Anies Usaha Enterprise atas permintaan pelanggan.

Tuesday, September 16, 2008

Testimonial Tan Sri Dato' Azman Hj. Mokhtar Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad @ Hotel Putra Kuala Lumpur


"mmmm...produk keluaran Anies ni memang sedaplah..." Tan Sri Dato’ Azman Hj. Mokhtar Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad semasa mengunjungi booth Anies di Hotel Putra, Kuala Lumpur pada 12 Jun 2008.

Testimonial Duta Armania @ Hotel Putra Kuala Lumpur


Duta Armania;Azerbaijan, terpikat dengan keenakan makanan tradisi keluaran Anies Usaha Enterprise semasa mengunjungi booth Anies Usaha Enterprise di Hotel Putra, Kuala Lumpur.

Monday, September 15, 2008

Manies Brand ; Traditional Recipe since 1950.


Triangle Biscuit, Roll Biscuit and Sweet Malay Candy is our premium products with MANIES brand launching by Pak Lah, Prime Minister during MAHA 2008.

Triangle Biscuit or Kuih Kapit/Roll Egg/Love Letter is convenient and healthy alternative to candy or fast food. The 1st traditional snack creatively made to eat with other products. Also excellent dipping with chocolate/salsa sauce/serve with ice cream & dodol. You also can try it!

Our products are loved by all regardless of religion, culture and age. Our passion is to continuously deliver our promise of wholesome, healthy and value for money, quality products to all customers.

Saturday, September 13, 2008

Pelancaran Produk Premium Jenama Manies oleh PM YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi @ MAHA08

Perdana Menteri Malaysia sedang melihat dan bertanya mengenai produk premium jenama Manies keluaran Anies Usaha Enterprise, yang mengeluarkan makanan tradisional seperti dodol & kuih sepit dengan penjenamaan semula dengan nama Triangle Biscuit, Roll biscuit &
Malay Candy.
YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sedang melancarkan
Produk Premium Jenama Manies di MAHA pada 12 Ogos 2008. Anies Usaha Enterprise merupakan salah seorang usahawan bumiputera yang terlibat dengan pameran MAHA 2008.


Norhaja Masno merupakan salah seorang usahawanita PKS yang terlibat dengan MAHA08, sedang menyerahkan cenderahati kepada YAB Perdana Menteri Malaysia selepas majlis pelancaran Produk Premium Jenama Manies.


















Friday, September 5, 2008

Anies Usaha Enterprise Mencari Rakan Niaga

Anies Usaha Enterprise mencari rakan niaga yang berminat untuk memasarkan produk premium makanan tradisional Jenama Manies di seluruh Malaysia. Produk keluaran Anies Usaha Enterprise dengan jenama MANIES telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 12 Ogos 2008 sempena MAHA 2008. Rakan niaga yang berminat berpeluang menjana pendapatan yang lumayan melalui perniagaan yang dijalankan memandangkan jenama MANIES mempunyai sasaran pasaran pelanggan premium. Sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan niaga amat dialu-alukan dan sila hubungi 019-728 4436 atau email : aue_manies@yahoo.com atau fax : 07 - 558 4243 untuk maklumat lanjut.
Sudut Pelancaran Produk Baru PKS di Hall D, Serdang lokasi Jenama Manies dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi semasa MAHA 2008.

Promoter sedang melayan pelanggan yang datang ke booth Anies Usaha Enterprise di Hall A, di bawah usahawan SIRIM dalam program Groom Big di ruang pameran MECD. Dodol Aiskrim dengan Biskut Segitiga menarik minat pelanggan untuk mencuba kombinasi produk tradisi dan moden sepanjang MAHA 2008.

Promoter sedang melayan pelanggan yang berminat dengan produk jenama Manies di booth Kementerian Belia & Sukan. Kini produk jenama Manies juga boleh didapati di Pasar Raya Pak Aji Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur,Kompleks PKNS Bangi, Komplek PKNS Shah Alam, Koop Matrade & Galeria MECD Amcorp Mall.


Hamper Makanan Tradisional Sempena Ramadhan Al-Mubarak & Aidilfitri

Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak Anies Usaha Enterprise menyediakan pelbagai jenis hamper dan goody bag kepada individu, syarikat swasta dan agensi kerajaan. Pelbagai pilihan disediakan mengikut harga yang dikehendaki oleh pelanggan. Hamper berasaskan makanan tradisional ini juga mengandungi biskut raya tradisi yang diolah dengan citarasa terkini. Hubungi 019-728 44 36 atau fax : 07- 558 4243 atau email :aue_manies @ yahoo.com untuk sebarang tempahan.

Chef Sabri Host & Chef for TV and Radio Talk Show, visit Anies Usaha booth@ MAHA2008



“Thumb up for manies products”…Chef Saifuddin Hj Rosli during visit booth AUE. Chef Sabri Hassan Host & Chef for TV and Radio Talk Show also visit Anies Usaha booth @MAHA 2008.