Sunday, September 21, 2008

Anies Usaha @ Ekspo PKS 2008 Plaza Angsana





Dato' Abdul Ghani Othman bersama Datuk Maulizan Bujang meninjau booth Anies di Ekspo PKS , Plaza Angsana Johor Bahru.



Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman berkata, "Pembangunan Iskandar Malaysia secara tidak langsung akan memberi banyak peluang untuk dimanfaatkan sektor Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) di Johor. Kita cuma perlu kepada langkah-langkah yang menjadikan sektor ini lebih kukuh kerana sudah menjadi lumrah, untuk sampai kepada pasaran luas, perlu kepada peningkatan mutu, kuantiti, pembungkusan, dan penjenamaan yang lebih baik."

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Ekspo Perusahaan Kecil dan Sederhana Johor 2008, di Plaza Angsana Johor Bahru, 11 Ogos 2008. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Latiff Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi, Dato’ Maulizan Bujang.

No comments: