Sunday, July 25, 2010

Anies Usaha Enterprise @ MITM Persada Johor

Anies Usaha Enterprise telah mengikuti program MITM Travel Fair The Big Travel Sale dengan kerjasama Johor Tourisme di Persada Johor. Anies Usaha Enterprise yang beroperasi di Kampung Sinaran Baru di bawah program Homestay berpeluang memperkenalkan Kampung Sinaran Baru sebagai salah satu pilihan destinasi pelancongan Homestay yang menarik. Promosi ini diadakan bermula 23 Julai 2010 sehingga 25 Julai 2010 dan mendapat sambutan yang baik dari para pengunjung. Dodol dan kuih kapit merupakan produk yang mendapat sambutan dan digemari oleh para pengunjung.

Anies Usaha Enterprise @ 9TH HALAL FOOD EXPO SINGAPORE


Terima kasih warga Singapura yang telah memberikan banyak sokongan dengan mengunjungi booth Tourisme Johor. Anies Usaha Enterprise di bawah Program Homestay Tourisme Johor telah menyertai MALAYSIA FRESH FRUITS FIESTA 2010 & 9TH HALAL FOOD EXPO.Selain memperkenalkan Kampung Sinaran Baru sebagai destinasi pelancongan Homestay syarikat juga berpeluang memperkenalkan makanan tradisional Malaysia seperti dodol, kuih kapit, kuih siput, makmur dan coklat dodol serta tat yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dodol adalah produk terlaris. Rasa lemak yang seimbang dan tidak terlalu manis menarik para pengunjung untuk membeli produk dodol jenama manies, sehingga kehabisan bekalan memandangkan produk dodol yang dihasilkan memenuhi citarasa pengunjung Singapura yang mementingkan kesihatan.