Monday, December 12, 2011

Program Homestay Anies Usaha Enterprise Sempena Cuti Sekolah


Anies Usaha Enterprise yang beroperasi di Kampung Sinaran Baru merupakan pengusaha IKS pertama yang berdaftar di bawah program Homestay di bawah Pelancongan Negeri Johor. Sempena musim cuti sekolah yang lalu pelancong dari Sabah telah berkunjung ke premis Anies Usaha Enterprise bagi meninjau aktiviti dan melihat sendiri produk keluaran Anies Usaha Enterprise. Mereka tertarik dengan konsep dan penyediaan produk yang dianggap unik dan tersendiri. Para pelancong bukan sahaja dapat mencuba keenakkan produk keluaran Anies Usaha malah mereka juga turut membeli produk yang digemari sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke Sabah. Orang sabah sememangnya menggemari dodol! Terima kasih di atas kunjungan ke premis Anies Usaha Enterprise.