Thursday, October 21, 2010

Anies Usaha Enterprise @ Keusahawanan Multimedia Kreatif

Anies Usaha Enterprise telah mengikuti Kursus Keusahawanan Multimedia Kreatif di Pandan Hotel City bermula pada 20 Oktober 2010 hingga 22 Oktober 2010. Pelbagai maklumat dan pengetahuan baru yang berkaitan dengan multimedia dapat dipelajari oleh para peserta sepanjang kursus tersebut dijalankan.Pembelajaran secara teori dan praktikal yang dijalankan amat berharga. Para peserta dan para fasilitator saling bekerjasama dan aktif sepanjang kursus tersebut berlangsung. Kursus yang dianjurkan oleh pihak IRDA dengan kerjasama INSKEN dan MSC Malaysia amat berfaedah dan banyak memberikan peluang kepada golongan belia, usahawan dan golongan wanita memandangkan pentingnya IT sebagai satu medium promosi yang amat berkesan terutamanya dalam pemasaran.