Tuesday, June 16, 2009

Anies Usaha Enterprise @ Karnival Syoknya RasaMas Peringkat Akhir

Anies Usaha Enterprise akan mengikuti Karnival Syoknya RasaMas Peringkat Akhir yang akan berlangsung pada 21 Jun 2009 di Persada Johor Bahru. Disamping pertandingan akhir Syoknya RasaMas dengan kerjasama TV3, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Pertandingan Mewarna dan pelbagai Indoor Games bagi kanak-kanak yang dianjurkan oleh pihak KFC. Anies Usaha Enterprise juga akan mempromosikan produk terbaru Coklat Dodol dengan pelbagai variasi dan perisa yang menarik. Kunjungi Booth Anies Usaha Enterprise bagi mendapatkan tawaran yang hebat dan menarik disamping menikmati produk tradisi sejak tahun 1950 ini. Perasmian akan dilangsungkan oleh Presiden DPIM Tan Sri Ali Hashim. Disamping itu Dato' Siti Nurhaliza akan membuat persembahan disamping Pengacara Jemputan Salleh Yaakob yang akan menghoskan Pertandingan Akhir Syoknya RasaMas. Jumpa anda di sana!!!

Tuesday, June 2, 2009

Cheff Liza Zainol @ Anies Usaha Enterprise


"Memang Enak dan Sedap..." Biskut sepit atau juga dikenali sebagai Kuih Sepit, Kuih Kapit atau Love Letter produk keluaran jenama Manies sejak tahun 1950 yang diwarisi sejak 3 generasi dahulu mendapat pujian dari Chef Liza Zainol kerana keenakkan dan ternyata mempunyai kelainan yang berbeza berbanding dengan produk keluaran jenama lain. Gambar menunjukkan Chef Liza bergambar bersama staff Anies Usaha Enterprise semasa Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009 Di PWTC, Kuala Lumpur.

Monday, June 1, 2009

Promosi Produk Dodol Jenama Manies di PERSADA dan Plaza Angsana

Anies Usaha Enterprise akan mengadakan promosi memperkenalkan produk dodol dengan tawaran terbaik bermula Jun 2009 bagi mencari agen dan pengedar baru yang berminat untuk memasarkan produk terutama sempena menyambut Bulan Ramadhan tidak lama lagi. Bagi para pengedar yang berminat dan ingin membuat membuat tempahan awal akan menikmati harga promosi yang terbaik berbanding tempahan yang dilakukan menjelang bulan Ramadhan. Kunjungi booth Anies Usaha Enterprise di Persada sempena Karnival Halal Johor bermula 4 Jun hingga 7 Jun 2009 dan Expo Indo-Asean 24 Jun hingga 28 Jun 2009. kami juga akan mengadakan promosi di Karnival Jualan Mega Anjuran Mara di Plaza Angsana bermula 24 Julai hingga 26 Julai 2009. Kunjungi kami semasa ekspo bagi mendapatkan maklumat lanjut dan merasai sendiri kelazatan dan kualiti produk keluaran Anies Usaha Enterprise. Produk bukan saja boleh didapati dalam pek siap dibungkus malahan kami juga boleh membekalkan produk dalam timbangan kilo untuk dipek semula. Segera kunjungi kami dan jangan lepaskan peluang sementara tawaran masih terbuka!