Sunday, May 31, 2009

Anies Usaha Enterprise @ Karnival Halal Johor, PERSADA


Anies Usaha Enterprise di bawah Jabatan Pertanian Negeri Johor akan mengikuti Karnival Halal Peringkat negeri Johor anjuran Dewan Perniagaan Islam Malaysia. Perasmian karnival ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Maulizan Bujang Exco Pembangunan Usahawan Negeri Johor. Sasaran pengunjung yang datang sekurang-kurangnya seramai 10, 000 orang meliputi Singapura dan Indonesia yang melibatkan 70 booth. Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang karnival seperti Pertandingan Memasak anjuran Ayamas, Pertandingan Mewarna, Persembahan Nasyid Jemputan dan pelbagai acara yang melibatkan keluarga memandangkan karnival ini dilakukan semasa cuti sekolah. Anies Usaha Enterprise akan mengadakan promosi produk yang merangkumi semua peringkat umur dari golongan kanak-kanak hingga dewasa. Karnival ini akan bermula pada 4 Jun hingga 7 jun 2009 yang akan diadakan di PERSADA, Johor Bahru.

Thursday, May 28, 2009

Anies Usaha Enterprise @ Festival Produk Johor, Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah.


Anies Usaha Enterprise akan mengikuti Festival Produk Johor 2009 yang dianjurkan oleh UPEN yang berlangsung di Kota Kinabalu Sabah. Festival ini akan bermula pada 12 Jun hingga 14 Jun 2009. Antara pihak yang terlibat dalam Festival ini ialah Yayasan Warisan Johor, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor, Kolej YPJ & FAMA Johor. Anies Usaha Enterprise menjemput penduduk Sabah dan penduduk Semenanjung yang berada di Sabah mengunjungi booth Anies Usaha Enterprise bagi mendapatkan produk tradisional jenama manies yang istimewa dan pastinya bermutu dan sedap. Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi agen atau pengedar bolehlah berbuat demikian dengan mengunjungi booth Anies Usaha Enterprise untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tuesday, May 26, 2009

Karnival Mega Jualan Mara @ Plaza Angsana

Anies Usaha Enterprise akan mengikuti promosi Karnival Mega Jualan Mara yang akan berlangsung di Plaza Angsana bermula pada 24 Julai - 26 Julai 2009. Syarikat akan menawarkan kepelbagaian produk dengan harga yang berpatutan sempena menyambut kedatangan Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Para pengunjung berpeluang untuk membuat tempahan dengan kadar harga promosi yang terhebat.

5th Indoo-Asia Trade and Tourism Expo 2009 @ Plaza Angsana Johor Bahru

Anies Usaha Enterprise will participate INDO-ASIA TRADE & TOURISM EXPO. This event will begin on 24th June until 28 Jun 2009 @ Plaza Angsana Johor Bahru. 5th Indoo-Asia Trade and Tourism Expo 2009 is the country's first dedicated event to publicize & promote Indonesia, Malaysia as well as the Asian countries, in terms of trade and tourism to the International trade visitors and local Malaysian and Indonesian entrepreneurs. 5th INDO-Asia Trade and Tourism Expo 2009is design to showcase some of Asia's unique and diversified products and services available from Indonesia, Malaysia, Thailand, Philippines and also Asian Countries. This event will definitely an eye-opener for many asian companies to forge business ties and establish contacts for the future collaboration in Business, Trade, Arts Culture and Tourism. Anies Usaha will promote new products, Meat Floss, Chicken Floss and also Serunding Ikan the famous products during Fasting Month.

Anies Usaha Enterprise @ Plaza Pelangi Johor Bahru Pelangi Fruits Fest And Food

Anies Usaha Enterprise sedang mengadakan promosi sempena Ekspo Pelangi Fruits Fest & Food yang berlangsung di Plaza Pelangi Johor Bahru. Promosi ini bermula pada 15 Mei hingga 31 Mei 2009. Pelbagai tawaran menarik disediakan untuk para pengunjung termasuk produk terbaru jenama manies sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak tidak lama lagi iaitu Serunding Daging, Serunding Ayam dan Serunding Ikan. Para pengunjung juga boleh menikmati tawaran yang menarik sekiranya membuat tempahan produk sempena majlis keramaian sempena cuti sekolah tidak lama lagi.

Thursday, May 14, 2009

Peluang Kerjaya DAn Keusahawanan Bersama Anies Usaha Enterprise

Anies Usaha Enterprise menawarkan peluang kerjaya kepada graduan yang berminat menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Syarikat dengan kerjasama dari Kementerian Sumber Manusia di bawah Program SLDN dan MARA menawarkan skim khidmat latihan kepada individu yang terpilih. Antaranya Latihan Kejurujualan, Latihan Pemasaran Antarabangsa, Latihan Membina Jenama Dan Promosi serta berpeluang menyertai Ekspo Antarabangsa. Elaun bulanan disediakan bagi peserta sepanjang mengikuti latihan. Peserta berpeluang memilih samada untuk diserapkan sebagai kakitangan tetap syarikat atau menceburi perniagaan selepas tamat tempoh latihan. Kunjungi Booth E040 di Hall 1 PWTC untuk maklumat lanjut sepanjang 15 Mei - 17 Mei 2009.

Tuesday, May 12, 2009

Anies Usaha Enterprise @ Karnival Keusahawanan & Kerjaya Peringkat Kebangsaan PWTC

Anies Usaha Enterprise akan mengikuti Karnival Usahawan & Kerjaya Peringkat Nasional yang akan berlangsung di PWTC Booth E040 bermula pada 15 Mei hingga 17 Mei 2009. Para pengunjung boleh menikmati potongan harga yang menarik sekiranya membuat tempahan bagi majlis keramaian, majlis perkahwinan atau kenduri. Dijemput datang beramai-ramai dan nikmati promosi barangan jenama manies yang terbaik dan istimewa.

Friday, May 1, 2009

Anies Usaha Enterprise @ Ekspo Perdagangan Kempen Beli Barangan Malaysia 2009

Anies Usaha Enterprise akan mengikuti Ekspo Perdagangan Kempen Beli Barangan Malaysia 2009 yang dianjurkan oleh Pihak Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna. Ekspo ini akan bermula pada 6 hingga 10 Mei 2009 yang akan berlangsung di PERSADA International Centre, Johor Bahru. Ekspo ini bertujuan untuk menggalakkan perkembangan ekonomi di dalam negara dan menggalakkan pengguna untuk membeli Barangan Buatan Malaysia.