Monday, October 27, 2008

Anies Usaha Enterprise @ Taste Of Malaysia, Uda Ocean, Plaza Angsana


Anies Usaha Enterprise akan mengadakan promosi dengan kerjasama Uda Ocean di Plaza Angsana Johor Bahru, di bawah Program Taste Of Malaysia (TOM) Anjuran Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Dalam Negeri pada 7 November - 23 November 2008. Aue telah menyediakan pelbagai promosi hebat seperti diskaun istimewa terutama bagi mereka yang akan mengadakan majlis perkahwinan sempena cuti sekolah. Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada pelanggan yang berpeluang membuat cabutan bertuah dengan setiap pembelian RM30.00 ke atas. Voucher tunai juga turut disediakan dan pastinya banyak penjimatan yang diperolehi dengan setiap pembelian produk jenama Manies sempena promosi pada kali ini. Datanglah berkunjung beramai-ramai ke UO dan nikmati harga promosi istimewa dengan setiap pembelian produk jenama Manies sepanjang cuti sekolah ini. Jumpa anda di sana!

Tuesday, October 21, 2008

Anies Usaha Enterprise @ High-Tea DPMM Johor


Anies Usaha Enterprise telah menghadiri Majlis High-Tea anjuran DPMM Johor sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru pada 21 Oktober 2008. Aktiviti ini telah membuka peluang kepada syarikat AUE untuk bertukar-tukar pandangan sesama ahli DPMM disamping meluaskan jaringan semasa perjumpaan ini diadakan. YM Tuan Syed Ali AlAttas Yang Dipertua DPMM Negeri Johor merangkap Presiden DPMM memuji produk Jenama Manies dan berpendapat dengan pembungkusan yang amat menarik ini membolehkan produk Anies menembusi pasaran antarabangsa. Anies Usaha mengambil peluang ini mengutarakan beberapa cadangan yang disambut baik oleh beliau. Beliau berharap Syarikat Anies akan mengikuti aktiviti yang akan diadakan oleh DPMM dalam usaha memasarkan produk ke pasaran Timur Tengah dijangka akan diadakan pada hujung tahun ini.

Friday, October 17, 2008

Jenama Manies Makanan Tradisional Produk Johor Buatan Malaysia

Jenama MANIES merupakan produk makanan tradisional yang menggunakan resipi tradisi sejak tahun 1950. Dodol lemak, dodol durian dan Kuih Sepit dikenali juga Kuih Kapit atau Kuih Belanda yang boleh dinikmati dengan pelbagai perisa seperti bijan, kacang dan habbatus sauda selain dari perisa asli. Jenama manies merupakan Produk Johor buatan Malaysia yang bukan saja diterima oleh masyarakat tempatan malahan di persada antarabangsa. Homemade quality dan diadun daripada bahan-bahan yang terpilih,bersih dan segar. Bagi rakyat Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei yang ingin menikmati makanan tradisi semasa berada di luar negara bolehlah memesan produk jenama manies melalui email : aue_manies@yahoo.com atau fax ke 07-558 4243.

Thursday, October 16, 2008

Anies Usaha Enterprise @ International Trade Malaysia 2008

Anies Usaha Enterprise will participate The International Trade Malaysia 2008 on 13 November - 16 november 2008. The Incoming Buying Mission (IBM) is one of the core and unique marketing programmes undertaken by MATRADE annually in promoting Malaysian products and services of Malaysia to the world. Organised by MATRADE, the four-day event is a must see showcase for those who are keen to directly interact with global enterprises in expanding their horizon. To be held over two days from 14 - 15th Nov. 2008, this year’s event is expected to draw more than 700 international buyers from over 60 countries in the one-on-one business meetings with Malaysian exporters. INTRADE Malaysia 2008 is the perfect platform for Anies Usaha Enterprise to promote Malaysian Traditional Food with Manies brand to international market.

PROMOSI MAJLIS KERAMAIAN SEMPENA CUTI SEKOLAH


Kuih Sepit Kon /Gulung juga boleh ditempah dalam bentuk bulk. Selain Asli ia juga tersedia dengan perisa kacang, habbatus sauda' dan bijan.

Kuih sepit/kuih kapit boleh ditempah dalam bentuk bulk supaya boleh dipek semula untuk disesuaikan dengan majlis keramaian.



Dodol Cute mudah dihidang atau dijadikan 'berkat' untuk para tetamu semasa majlis keramaian.


Sempena musim cuti sekolah yang bakal tiba, Anies Usaha Enterprise menawarkan harga yang menarik untuk pakej makanan tradisional sempena Majlis keramaian seperti majlis berkhatan, pertunangan, perkahwinan, kenduri maupun jamuan rasmi & tidak rasmi. Untuk memudahkan penyediaan 'berkat' dan memudahkan hidangan disediakan untuk tetamu syarikat bersedia menerima tempahan Pulut Kuning, Dodol & Wajik dalam pakej Dodol Cute/Wajik Cute. Syarikat juga menawarkan kepada pelanggan yang ingin membeli kuih kapit/sepit dalam bentuk 'bulk' supaya boleh dipek semula mengikut kesesuaian majlis keramaian. Penghantaran boleh diaturkan sekiranya pelanggan menempah dalam kuantiti yang banyak. Sila hubungi 019-728 4436 atau email ke aue_manies @ yahoo.com untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.