Tuesday, October 21, 2008

Anies Usaha Enterprise @ High-Tea DPMM Johor


Anies Usaha Enterprise telah menghadiri Majlis High-Tea anjuran DPMM Johor sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru pada 21 Oktober 2008. Aktiviti ini telah membuka peluang kepada syarikat AUE untuk bertukar-tukar pandangan sesama ahli DPMM disamping meluaskan jaringan semasa perjumpaan ini diadakan. YM Tuan Syed Ali AlAttas Yang Dipertua DPMM Negeri Johor merangkap Presiden DPMM memuji produk Jenama Manies dan berpendapat dengan pembungkusan yang amat menarik ini membolehkan produk Anies menembusi pasaran antarabangsa. Anies Usaha mengambil peluang ini mengutarakan beberapa cadangan yang disambut baik oleh beliau. Beliau berharap Syarikat Anies akan mengikuti aktiviti yang akan diadakan oleh DPMM dalam usaha memasarkan produk ke pasaran Timur Tengah dijangka akan diadakan pada hujung tahun ini.

No comments: