Wednesday, August 19, 2009

Promosi Menjelang Ramadhan @ Anies Usaha Enterprise


Anies Usaha Enterprise akan mengadakan promosi secara langsung bermula 27 Ogos - 20 September 2009 di premis Anies Usaha Enterprise di Lot 3679, Kampung Sinaran Baru, Jalan Kempas Lama, Skudai, Johor. Para pelanggan berpeluang membuat pilihan dan membeli terus produk jenama Manies dengan harga yang menarik dengan kualiti yang dijamin terbaik. Antara produk yang ditawarkan merupakan Kuih Sepit Original, Kuih Sepit Bijan, Kuih Sepit Habbatus Sauda', Dodol Asli, Dodol Durian, Dodol Nenas, Dodol Coklat, Baulu, Tat Sepit, Tat Gulung, Snow Almond, Kuih Siput Pedas serta beraneka kuih tradisional dan moden. Kami juga menawarkan pelbagai jenis hamper untuk syarikat dan individu mengikut bajet. Jaminan wang dikembalikan semula sekiranya kualiti produk Manies tidak mengikut spesifikasi sepertimana sample yang diperolehi sebelum pembelian dilakukan. Kunjungi premis Anies Usaha Enterprise yang beroperasi setiap hari pada pukul 9 pagi hingga 7 malam untuk mendapatkan produk bermutu dengan jaminan kualiti terbaik. Selamat menyambut Bulan Ramadhan!

Monday, August 3, 2009

Anies Usaha Enterprise @ Karnival Mega MARA Plaza Angsana

Anies Usaha Enterprise akan mengikuti promosi Karnival Jualan Mega yang dianjurkan oleh MARA negeri Johor yang akan berlangsung pada 8-10 Ogos 2009 di Plaza Angsana. Karnival Jualan MEGA 09 mengenengahkan konsep jualan terus daripada usahawan kepada pengguna dan objektif utama untuk menarik lebih ramai pengguna membeli produk tempatan. Karnival ini melibatkan 70 kawasan seluruh negara merangkumi 14 kawasan di peringkat negeri. Anies Usaha Enterprise menawarkan harga yang istimewa kepada pelanggan yang datang membuat tempahan sepanjang Karnival ini berlangsung. Antara produk terbaru yang akan dipromosikan dengan harga yang menarik sepanjang karnival ini adalah Dodol Bersalut Coklat. Anies Usaha Enterprise juga akan memperkenalkan Spice Triangle Biscuit sempena menyambut perayaan tidak lama lagi. Orang ramai dijemput mendapatkan dan menikmati sendiri keunikan dan rasa sebenar produk terbaru jenama Manies yang pastinya lain dari yang lain serta tidak mengecewakan anda semua. Jumpa anda di sana!

Anies Usaha Enterprise @ Seminar Peningkatan Produk Halal Dan Pemasaran Anjuran DPMM

Anies Usaha Enterprise telah mengikuti seminar Sektor Pengeluaran Makanan, Peningkatan Produk Halal Dan Pemasaran yang dianjurkan oleh DPMM pada 3 Ogos 2009. Program ini berlangsung di Hotel Sri Malaysia yang dimulakan dengan ucapan dari Presiden DPMM Tuan Syed Ali Al-Attas. Pihak Smidec, Sirim, Institusi-institusi Kewangan, Mardi dan FAMA juga dijemput untuk memberi taklimat kepada para peserta yang datang ke program ini. Pelbagai aktiviti dirancang dan disediakan oleh pihak DPMM dalam usaha membantu usahawan berskala kecil seperti peningkatan produk dan pemasaran di dalam dan luar negara. Program pertama yang akan dilancarkan di Pekan pahang akan dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib pada 2 November 2009. Program ini akan dibahagikan kepada 4 zon termasuk zon Sabah Dan Sarawak. Sepanjang aktiviti promosi bergerak di setiap peringkat zon, ahli DPMM yang berminat akan mendapat booth untuk mempromosikan produk dengan bayaran minima RM50.00 dan segala pengangkutan produk serta stor disediakan oleh pihak DPMM sendiri. Program ini mendapat kerjasama dan sokongan dari Perdana Menteri yang memberi mandat kepada DPMM untuk membantu merancakkan dan melaksanakan program yang membantu usahawan dalam RMK9.