Monday, August 3, 2009

Anies Usaha Enterprise @ Seminar Peningkatan Produk Halal Dan Pemasaran Anjuran DPMM

Anies Usaha Enterprise telah mengikuti seminar Sektor Pengeluaran Makanan, Peningkatan Produk Halal Dan Pemasaran yang dianjurkan oleh DPMM pada 3 Ogos 2009. Program ini berlangsung di Hotel Sri Malaysia yang dimulakan dengan ucapan dari Presiden DPMM Tuan Syed Ali Al-Attas. Pihak Smidec, Sirim, Institusi-institusi Kewangan, Mardi dan FAMA juga dijemput untuk memberi taklimat kepada para peserta yang datang ke program ini. Pelbagai aktiviti dirancang dan disediakan oleh pihak DPMM dalam usaha membantu usahawan berskala kecil seperti peningkatan produk dan pemasaran di dalam dan luar negara. Program pertama yang akan dilancarkan di Pekan pahang akan dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib pada 2 November 2009. Program ini akan dibahagikan kepada 4 zon termasuk zon Sabah Dan Sarawak. Sepanjang aktiviti promosi bergerak di setiap peringkat zon, ahli DPMM yang berminat akan mendapat booth untuk mempromosikan produk dengan bayaran minima RM50.00 dan segala pengangkutan produk serta stor disediakan oleh pihak DPMM sendiri. Program ini mendapat kerjasama dan sokongan dari Perdana Menteri yang memberi mandat kepada DPMM untuk membantu merancakkan dan melaksanakan program yang membantu usahawan dalam RMK9.

No comments: