Thursday, June 26, 2008

Anies Usaha Akan Mengikuti Showcase Usahawan Enterprise Asia 2008 @ PWTC

Anies Usaha Enterprise akan mengikuti showcase Usahawan Enterprise Asia 2008 yang akan berlangsung di PWTC pada 8-10 Ogos 2008. Showcase ini adalah di bawah program Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Pihak Aue merancang akan membuat Pelancaran Produk Premium AUE yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Pelbagai aktiviti akan diadakan dan salah satu forum yang diadakan ialah Asian Women Business Forum. Aue berharap dengan mengikuti showcase ini akan memberi peluang syarikat untuk meneroka pasaran yang lebih luas disamping menjalinkan jaringan perniagaan di dalam dan luar negara, seperti Singapura, Brunei & Indonesia.

SEMINAR ON "TAPPING INTO CHINA MARKET: PROSPECTS AND CHALLENGES"

Anies Usaha Enterprise had attended Seminar on "Tapping into China Market: Prospects and Challenges" on 25 June 2008 at Hyatt Regency Hotel Johor Bahru.
The objectives of the Seminar are to update Malaysian companies on the business environment in China, prospects and challenges and also to disseminate the information on the grants provided by MATRADE. The seminar session follows by one-to-one consultation in the evening. Its efforts to explore opportunities for Malaysian companies and for SME,it is the best platform to develop strategic market, being in a strategic location and to outreach the China market.

Monday, June 23, 2008

Anies Usaha Enterprise @ Plaza Angsana Promosi Makanan Tradisional Dodol Dan Kuih Sepit

Anies Usaha Enterprise akan membuat promosi makanan tradisional bermula 25 Jun hingga 29 Jun 2008 di Plaza Angsana Tampoi, Johor Bahru, sempena Ekspo Indo-Asean 2008. Orang ramai dijemput mengunjungi booth AUE di no. 56 (berhadapan kedai emas) menikmati resipi tradisi keluaran Anies Usaha Enterprise yang diwarisi sejak 3 generasi lalu. Ekspo ini juga melibatkan negara luar seperti Singapura, Thailand & Indonesia. Pelbagai acara menarik disediakan untuk para pengunjung. AUE juga menyediakan hadiah berupa hamper kepada para pengunjung yang bertuah.

Sunday, June 22, 2008

Anies Usaha Menhadiri Seminar Peluang Perniagaan Di Iran & Turki


Anies Usaha Enterprise telah menghadiri seminar Peluang Perniagaan di Iran & Turki yang diadakan di Matrade sempena Mihas 2008. Walaupun masih baru AUE berpandangan perlunya syarikat meninjau peluang-peluang perniagaan yang berada di luar negara supaya mendapat gambaran yang jelas dan lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku. Selain itu dengan menghadiri seminar ini ianya memberi idea baru & dapat menjalinkan hubungan sesama peserta seminar dari dalam & luar negara dalam membina jaringan perniagaan.

Pelancaran Produk Anies Usaha Di Hotel Putra Kuala Lumpur





Pelancaran Produk AUE jenama 'Manies' telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Azman Hj. Mokhtar Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad di Hotel Putra, Kuala Lumpur pada 12 Jun 2008. Booth Anies juga mendapat perhatian para pengunjung seperti Dato’ Moehamad Izat Emir, Presiden Perdasama serta kunjungan dari Duta Armania yang terpikat dengan keenakkan produk makanan tradisional AUE. Para pengunjung yang datang memuji kualiti produk AUE dan berpendapat produk AUE yang mengekalkan resipi tradisi asli ini mampu menembusi pasaran yang lebih luas & sesuai dijadikan produk premium.

Anis Usaha @ 4th Indo-Asia & Tourism Expo, Plaza Angsana

Anies Usaha Enterprise akan mengadakan pameran & jualan produk makanan tradisional jenama 'Manies' di Plaza Angsana semasa ekspo Indo-Asia & Tourisme yang akan berlangsung pada 25hb-29 Jun 2008. Ekspo ini mendapat kerjasama dari Kementerian Pelancongan yang akan melibatkan negara Thailand,Indonesia & Singapura. Anies Usaha Enterprise merupakan pengeluar makanan tradisional seperti kuih sepit & dodol akan memperkenalkan makanan tradisi ini dengan cara yang lebih kreatif dan inovatif. Orang ramai dijemput hadir dan mengunjungi booth Anies Usaha Enterprise di no. 38 berhadapan CIMB bank di Plaza Angsana bermula jam 10 pagi - 10 malam. Pelbagai tawaran menarik menanti pengunjung bertuah dan anda berpeluang membawa pulang voucher tunai, hamper barangan makanan tradisional AUE dengan setiap pembelian RM20 ke atas.

Sunday, June 8, 2008

Pelancaran Malaysian Traditional Food Planet,Jenama Manies, Hotel Putra, Kuala Lumpur

Anies Usaha Enterprise akan melancarkan produk jenama Manies yang akan dirasmikan oleh Dato' Moehamad Izat Emir sempena Pelancaran Malaysian Tradisional Food Planet yang akan berlangsung pada 12 June 2008 di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Orang ramai dijemput hadir dan bagi syarikat atau individu yang berminat untuk menjadi agen atau pengedar produk Anies bolehlah mengunjungi booth Anies di Hall 3 Hotel Putra. Nikmati harga promosi dan diskaun hebat sempena pelancaran produk Manies serta berpeluang membawa voucher tunai dengan setiap pembelian RM20 ke atas.

Friday, June 6, 2008

AUE Hadiri Program KBS Dengan Kerjasama SIRIM @ Angullia Beach Resort Terengganu

Anies Usaha Enterprise telah menghadiri program anjuran KementerianBelia & Sukan dengan kerjasama SIRIM Berhad yang diadakan pada 2 Jun - 5 Jun 2008 di Anggulia Beach Resort Terengganu. Pelbagai program & aktiviti yang diadakan banyak memberi manfaat dan pendedahan kepada para peserta. Anies Usaha Enterprise juga telah berjaya memperolehi pelbagai hadiah melalui pertandingan yang diadakan oleh pihak penganjur sepanjang kursus yang dijalankan. Program ini juga membantu sedikit sebanyak para belia meluaskan jaringan dan berpeluang bertukar fikiran serta idea sesama peserta disamping meningkatkan keyakinan diri.