Showing posts with label Traditional Premium product. Show all posts
Showing posts with label Traditional Premium product. Show all posts

Sunday, July 6, 2008

Foto-Foto Aktiviti Anies Usaha Enterprise sepanjang bulan Jun 2008



Tetamu VIP mengunjungi booth Anies Usaha Enterprise. Ekspo Indo- Asean telah dirasmikan oleh exco Kementerian Pertanian Negeri Johor. Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Jabatan Pertanian Johor, Pengarah Fama Johor, Pengerusi Puspanita,Wakil Kedutaan Indonesia & wakil dari negara Thailand & wakil negara Singapura.












Booth Anies Usaha Enterprise semasa ekspo Indo-Asean yang berlangsung di Plaza Angsana 25 Jun hingga 29 June 2008.












Pelancong dari Australia berpendapat dodol keluaran AUE mempunyai resipi istimewa dan tekstur yang unik & sedap semasa dimakan. Mereka menggemari dodol makanan tradisi melayu tidak melepaskan peluang membeli dodol keluaran AUE sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke tanah air.


Anies Usaha menghadiri seminar Peluang perniagaan di China yang dianjurkan oleh MATRADE di Hyat Hotel Johor Bahru pada 25 Jun 2008.

Sunday, June 22, 2008

Pelancaran Produk Anies Usaha Di Hotel Putra Kuala Lumpur





Pelancaran Produk AUE jenama 'Manies' telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Azman Hj. Mokhtar Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad di Hotel Putra, Kuala Lumpur pada 12 Jun 2008. Booth Anies juga mendapat perhatian para pengunjung seperti Dato’ Moehamad Izat Emir, Presiden Perdasama serta kunjungan dari Duta Armania yang terpikat dengan keenakkan produk makanan tradisional AUE. Para pengunjung yang datang memuji kualiti produk AUE dan berpendapat produk AUE yang mengekalkan resipi tradisi asli ini mampu menembusi pasaran yang lebih luas & sesuai dijadikan produk premium.