Tuesday, August 19, 2008

Anies Usaha Enterprise @ MAHA 2008

Anies Usaha Enterprise sedang mengikuti pameran MAHA 2008 di Hall A, Serdang di bawah pavilion MECD dan Kementerian Belia & Sukan. Pameran ini berlangsung sejak 11 Ogos 2008 hingga 23 Ogos 2008. Pelancaran produk baru seperti Roll Biscuit & Malaysian Candy telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 12 Ogos 2008 di Hall D. Pihak syarikat sedang mencari rakan niaga, agen dan pengedar seluruh Malaysia. Orang ramai boleh menikmati aiskrim dodol with triangle biscuit di booth Anies di pavilion MECD hall A, kombinasi makanan tradisi dan moden yang pasti memikat selera. Sila berkunjung ke booth Anies untuk menikmati harga promosi yang hanya boleh didapati semasa promosi MAHA 2008 ini.

Wednesday, August 6, 2008

Anies Usaha Enterprise Ekspo PKS Peringkat Negeri Johor anjuran UPEN

Anies Usaha Enterprise akan mengikuti Ekspo PKS anjuran UPEN peringkat negeri Johor yang akan berlangsung di Plaza Angsana bermula dari 8 Ogos - 10 Ogos 2008. Anies Usaha akan mempromosikan makanan tradisional seperti Kuih Sepit atau Kuih Kapit dengan penjenamaan semula produk dengan nama Triangle Biscuit, Roll Biscuit dan Malay Candy atau dodol. Ekspo ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Johor YAB Dato’ Abdul Ghani Othman. Orang ramai dijemput mengunjungi booth Anies no. 66 di Plaza Angsana bermula 10 pagi - 10 malam bagi mendapatkan harga promosi yang menarik. Sila hubungi 019- 728 4436 atau faximile 07- 558 4243 atau email : aue_manies@yahoo untuk keterangan lanjut mengenai produk AUE.

Lawatan Kementerian Belia & Sukan Dengan Kerjasama SIRIM Ke bengkel AUE

Kementerian Belia & Sukan dengan kerjasama SIRIM telah membuat lawatan ke bengkel Anies Usaha Enterprise pada 31 Julai 2008 susulan dari Kursus yang dihadiri oleh AUE yang dianjurkan oleh SIRIM dengan kerjasama KBS di Anggulia Beach Resort pada bulan Jun 2008 yang lalu. Tujuan lawatan ini adalah untuk menilai dan memantau prestasi syarikat untuk disenaraikan sebagai Usahawan Belia yang mempunyai potensi untuk ditingkatkan tahap pembungkusan supaya dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Pihak KBS dan SIRIM memuji keenakan resipi Triangle Biscuit atau dikenali juga sebagai Kuih Kapit bagi masyarakat melayu dan dinamakan Roll Egg atau Love Letter oleh masyarakat China.