Wednesday, August 6, 2008

Lawatan Kementerian Belia & Sukan Dengan Kerjasama SIRIM Ke bengkel AUE

Kementerian Belia & Sukan dengan kerjasama SIRIM telah membuat lawatan ke bengkel Anies Usaha Enterprise pada 31 Julai 2008 susulan dari Kursus yang dihadiri oleh AUE yang dianjurkan oleh SIRIM dengan kerjasama KBS di Anggulia Beach Resort pada bulan Jun 2008 yang lalu. Tujuan lawatan ini adalah untuk menilai dan memantau prestasi syarikat untuk disenaraikan sebagai Usahawan Belia yang mempunyai potensi untuk ditingkatkan tahap pembungkusan supaya dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Pihak KBS dan SIRIM memuji keenakan resipi Triangle Biscuit atau dikenali juga sebagai Kuih Kapit bagi masyarakat melayu dan dinamakan Roll Egg atau Love Letter oleh masyarakat China.

No comments: