Showing posts with label Promosi Makanan Tradisional. Show all posts
Showing posts with label Promosi Makanan Tradisional. Show all posts

Wednesday, August 19, 2009

Promosi Menjelang Ramadhan @ Anies Usaha Enterprise


Anies Usaha Enterprise akan mengadakan promosi secara langsung bermula 27 Ogos - 20 September 2009 di premis Anies Usaha Enterprise di Lot 3679, Kampung Sinaran Baru, Jalan Kempas Lama, Skudai, Johor. Para pelanggan berpeluang membuat pilihan dan membeli terus produk jenama Manies dengan harga yang menarik dengan kualiti yang dijamin terbaik. Antara produk yang ditawarkan merupakan Kuih Sepit Original, Kuih Sepit Bijan, Kuih Sepit Habbatus Sauda', Dodol Asli, Dodol Durian, Dodol Nenas, Dodol Coklat, Baulu, Tat Sepit, Tat Gulung, Snow Almond, Kuih Siput Pedas serta beraneka kuih tradisional dan moden. Kami juga menawarkan pelbagai jenis hamper untuk syarikat dan individu mengikut bajet. Jaminan wang dikembalikan semula sekiranya kualiti produk Manies tidak mengikut spesifikasi sepertimana sample yang diperolehi sebelum pembelian dilakukan. Kunjungi premis Anies Usaha Enterprise yang beroperasi setiap hari pada pukul 9 pagi hingga 7 malam untuk mendapatkan produk bermutu dengan jaminan kualiti terbaik. Selamat menyambut Bulan Ramadhan!

Sunday, June 22, 2008

Anis Usaha @ 4th Indo-Asia & Tourism Expo, Plaza Angsana

Anies Usaha Enterprise akan mengadakan pameran & jualan produk makanan tradisional jenama 'Manies' di Plaza Angsana semasa ekspo Indo-Asia & Tourisme yang akan berlangsung pada 25hb-29 Jun 2008. Ekspo ini mendapat kerjasama dari Kementerian Pelancongan yang akan melibatkan negara Thailand,Indonesia & Singapura. Anies Usaha Enterprise merupakan pengeluar makanan tradisional seperti kuih sepit & dodol akan memperkenalkan makanan tradisi ini dengan cara yang lebih kreatif dan inovatif. Orang ramai dijemput hadir dan mengunjungi booth Anies Usaha Enterprise di no. 38 berhadapan CIMB bank di Plaza Angsana bermula jam 10 pagi - 10 malam. Pelbagai tawaran menarik menanti pengunjung bertuah dan anda berpeluang membawa pulang voucher tunai, hamper barangan makanan tradisional AUE dengan setiap pembelian RM20 ke atas.