Showing posts with label dodol. Show all posts
Showing posts with label dodol. Show all posts

Thursday, October 16, 2008

PROMOSI MAJLIS KERAMAIAN SEMPENA CUTI SEKOLAH


Kuih Sepit Kon /Gulung juga boleh ditempah dalam bentuk bulk. Selain Asli ia juga tersedia dengan perisa kacang, habbatus sauda' dan bijan.

Kuih sepit/kuih kapit boleh ditempah dalam bentuk bulk supaya boleh dipek semula untuk disesuaikan dengan majlis keramaian.



Dodol Cute mudah dihidang atau dijadikan 'berkat' untuk para tetamu semasa majlis keramaian.


Sempena musim cuti sekolah yang bakal tiba, Anies Usaha Enterprise menawarkan harga yang menarik untuk pakej makanan tradisional sempena Majlis keramaian seperti majlis berkhatan, pertunangan, perkahwinan, kenduri maupun jamuan rasmi & tidak rasmi. Untuk memudahkan penyediaan 'berkat' dan memudahkan hidangan disediakan untuk tetamu syarikat bersedia menerima tempahan Pulut Kuning, Dodol & Wajik dalam pakej Dodol Cute/Wajik Cute. Syarikat juga menawarkan kepada pelanggan yang ingin membeli kuih kapit/sepit dalam bentuk 'bulk' supaya boleh dipek semula mengikut kesesuaian majlis keramaian. Penghantaran boleh diaturkan sekiranya pelanggan menempah dalam kuantiti yang banyak. Sila hubungi 019-728 4436 atau email ke aue_manies @ yahoo.com untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.
























Monday, May 19, 2008

Anies Usaha at Biz Matching @ MIHAS 2008


Mihas 2008 7 & 8 Matrade Kuala Lumpur-Anies Usaha Enterprise telah mengadakan pertemuan dengan negara luar seperti Singapura, China, India, Bangladesh, Pakistan & Emiriah Arab Bersatu dalam rangka mengembangkan pasaran produk ke seberang laut. Hasil pertemuan dan maklumbalas yang amat positif menunjukkan produk AUE boleh diterima oleh setiap lapisan masyarakat tidak mengira bangsa walaupun berbeza sempadan geografi. Produk Anies Usaha Enterprise juga telah menarik minat syarikat dari negara China yang bercadang untuk mengadakan kerjasama perniagaan seperti penyediaan bahan mentah, premis dan tenaga kerja. Negara China mempunyai pasaran yang amat besar dan beliau berpendapat produk keluaran Anies memang bermutu tinggi dan akan mendapat sambutan yang menggalakkan di sana.