Showing posts with label anies usaha. Show all posts
Showing posts with label anies usaha. Show all posts

Monday, May 26, 2008

Anies Usaha at Aseana Market Promotion - Plaza Kotaraya

Anies Usaha Enterprise dengan kerjasama Jabatan Pertanian, Kementerian Pelancongan Negeri Johor, Damansara Asset & Jcorp akan mengadakan promosi produk makanan tradisional setiap hujung minggu di Aseana Market Kotaraya Johor Bahru dengan pelbagai pek dan saiz kepada para pengunjung dan pelancong yang datang berkunjung. Promosi akan diadakan setiap hari sabtu & ahad bermula dari jam 8 pagi - 10 malam. Acara perasmian akan diadakan pada 31 Mei 2008 dan banyak acara menarik disediakan termasuk lelongan besar-besaran barangan sukan jenama terkenal.

Monday, May 19, 2008

Anies Usaha at FOOD HOTEL ASEAN 2008, SINGAPORE

Anies Usaha Enterprise telah menyertai Food Hotel Asean 2008 yang diadakan di Singapura bermula pada 22 April - 25 April 2008. Sepanjang expo berkenaan Anies Usaha Enterprise telah memperkenalkan produk dan mendapat sambutan yang baik bukan sahaja dari Singapura, Taiwan & India malahan produk Anies juga turut mendapat pujian dari Chocolate World, Belgium.

Anies Usaha at Biz Matching @ MIHAS 2008


Mihas 2008 7 & 8 Matrade Kuala Lumpur-Anies Usaha Enterprise telah mengadakan pertemuan dengan negara luar seperti Singapura, China, India, Bangladesh, Pakistan & Emiriah Arab Bersatu dalam rangka mengembangkan pasaran produk ke seberang laut. Hasil pertemuan dan maklumbalas yang amat positif menunjukkan produk AUE boleh diterima oleh setiap lapisan masyarakat tidak mengira bangsa walaupun berbeza sempadan geografi. Produk Anies Usaha Enterprise juga telah menarik minat syarikat dari negara China yang bercadang untuk mengadakan kerjasama perniagaan seperti penyediaan bahan mentah, premis dan tenaga kerja. Negara China mempunyai pasaran yang amat besar dan beliau berpendapat produk keluaran Anies memang bermutu tinggi dan akan mendapat sambutan yang menggalakkan di sana.