Showing posts with label Persada. Show all posts
Showing posts with label Persada. Show all posts

Sunday, May 31, 2009

Anies Usaha Enterprise @ Karnival Halal Johor, PERSADA


Anies Usaha Enterprise di bawah Jabatan Pertanian Negeri Johor akan mengikuti Karnival Halal Peringkat negeri Johor anjuran Dewan Perniagaan Islam Malaysia. Perasmian karnival ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Maulizan Bujang Exco Pembangunan Usahawan Negeri Johor. Sasaran pengunjung yang datang sekurang-kurangnya seramai 10, 000 orang meliputi Singapura dan Indonesia yang melibatkan 70 booth. Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang karnival seperti Pertandingan Memasak anjuran Ayamas, Pertandingan Mewarna, Persembahan Nasyid Jemputan dan pelbagai acara yang melibatkan keluarga memandangkan karnival ini dilakukan semasa cuti sekolah. Anies Usaha Enterprise akan mengadakan promosi produk yang merangkumi semua peringkat umur dari golongan kanak-kanak hingga dewasa. Karnival ini akan bermula pada 4 Jun hingga 7 jun 2009 yang akan diadakan di PERSADA, Johor Bahru.

Friday, May 1, 2009

Anies Usaha Enterprise @ Ekspo Perdagangan Kempen Beli Barangan Malaysia 2009

Anies Usaha Enterprise akan mengikuti Ekspo Perdagangan Kempen Beli Barangan Malaysia 2009 yang dianjurkan oleh Pihak Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna. Ekspo ini akan bermula pada 6 hingga 10 Mei 2009 yang akan berlangsung di PERSADA International Centre, Johor Bahru. Ekspo ini bertujuan untuk menggalakkan perkembangan ekonomi di dalam negara dan menggalakkan pengguna untuk membeli Barangan Buatan Malaysia.