Thursday, May 14, 2009

Peluang Kerjaya DAn Keusahawanan Bersama Anies Usaha Enterprise

Anies Usaha Enterprise menawarkan peluang kerjaya kepada graduan yang berminat menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Syarikat dengan kerjasama dari Kementerian Sumber Manusia di bawah Program SLDN dan MARA menawarkan skim khidmat latihan kepada individu yang terpilih. Antaranya Latihan Kejurujualan, Latihan Pemasaran Antarabangsa, Latihan Membina Jenama Dan Promosi serta berpeluang menyertai Ekspo Antarabangsa. Elaun bulanan disediakan bagi peserta sepanjang mengikuti latihan. Peserta berpeluang memilih samada untuk diserapkan sebagai kakitangan tetap syarikat atau menceburi perniagaan selepas tamat tempoh latihan. Kunjungi Booth E040 di Hall 1 PWTC untuk maklumat lanjut sepanjang 15 Mei - 17 Mei 2009.

No comments: