Tuesday, June 16, 2009

Anies Usaha Enterprise @ Karnival Syoknya RasaMas Peringkat Akhir

Anies Usaha Enterprise akan mengikuti Karnival Syoknya RasaMas Peringkat Akhir yang akan berlangsung pada 21 Jun 2009 di Persada Johor Bahru. Disamping pertandingan akhir Syoknya RasaMas dengan kerjasama TV3, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Pertandingan Mewarna dan pelbagai Indoor Games bagi kanak-kanak yang dianjurkan oleh pihak KFC. Anies Usaha Enterprise juga akan mempromosikan produk terbaru Coklat Dodol dengan pelbagai variasi dan perisa yang menarik. Kunjungi Booth Anies Usaha Enterprise bagi mendapatkan tawaran yang hebat dan menarik disamping menikmati produk tradisi sejak tahun 1950 ini. Perasmian akan dilangsungkan oleh Presiden DPIM Tan Sri Ali Hashim. Disamping itu Dato' Siti Nurhaliza akan membuat persembahan disamping Pengacara Jemputan Salleh Yaakob yang akan menghoskan Pertandingan Akhir Syoknya RasaMas. Jumpa anda di sana!!!

No comments: