Showing posts with label MARA. Show all posts
Showing posts with label MARA. Show all posts

Wednesday, January 7, 2009

Aktiviti Anies Usaha Enterprise 2008

Anies Usaha Enterprise merupakan salah seorang Usahawan Nur di bawah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor. Pengarah JPW Puan Rosmawati tertarik dengan pembungkusan produk jenama manies walaupun produk keluaran Anies merupakan makanan tradisional. Beliau berpendapat persembahan dan konsep jenama manies yang ditampilkan berbeza dan menarik menjadikan ianya unik dan istimewa.


Anies Usaha Enterprise ketika mengikuti kursus kejurujualan kreatif anjuran MARA Negeri Johor bergambar bersama para peserta kursus. Kursus ini diadakan di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru selama 3 hari. Kursus ini juga telah berjaya menambahkan dan meluaskan jaringan di kalangan para peserta disamping membolehkan para peserta bertukar-tukar idea dan pendapat bagi meningkatkan lagi pemasaran produk.

Sunday, September 21, 2008

Anies Usaha Enterprise bekerjasama dengan PHASER PKNS

Anies Usaha Enterprise telah menjalinkan kerjasama dengan Usahawan Siswazah Phaser PKNS sebagai rakan niaga bagi memasarkan produk Jenama Manies. Program Phaser ini dianjurkan oleh PKNS dengan kerjasama MARA dan MECD yang mana program ini membantu siswazah untuk menjadi Usahawan dalam masa 6 bulan.