Friday, July 18, 2008

Malaysia Fresh Fruits Fiesta 2008

Anies Usaha Enterprise telah mengadakan promosi produk baru di Singapura sempena Malaysia Fresh Fruits Fiesta 2008 yang bermula 10 Julai-13 Julai 2008. Dodol Nenas merupakan produk terbaru Anies dan mendapat sambutan yang baik dari para pengunjung. Dodol durian dan dodol kelapa juga berjaya menarik para pengunjung untuk membeli di mana mereka berpeluang untuk mencuba produk Anies terlebih dahulu sebelum membeli. Keenakan dan keaslian resipi Triangle Biscuit juga tidak kurang hebatnya yang mana semuanya telah habis terjual. Pihak AUE mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung Singapura yang memberi sokongan dengan membeli produk keluaran Anies. Promosi dari pihak radio Warna Singapura dan pelbagai acara yang menarik diadakan sepanjang ekspo ini berjaya menarik ramai pengunjung mengunjungi Ekspo. Antara acara yang mendapat sambutan ialah ceramah motivasi dari pakar motivasi Dato' Fadzilah Kamsah dan acara lelongan karpet dari negara Iran yang mana hasil lelongan itu disumbangkan ke tabung masjid.

No comments: