Wednesday, December 31, 2008
Anies Usaha Enterprise @ Holiday Plaza Johor Bahru
Kini para pelanggan boleh mendapatkan produk jenama manies di outlet terbaru Anies Usaha Enterprise di KOBEST Holiday Plaza Johor Bahru. KOBEST merupakan salah satu koperasi yang bernaung di bawah Koperasi Usahawan Berhad dengan kerjasama SKM dan MECD.
Sunday, December 28, 2008
Anies Usaha Enterprise @ Gerak Usahawan Nasional 2009 PWTC
Anies Usaha Enterprise akan mengikuti Gerak Usahawan Nasional 2009 yang akan diadakan di PWTC bermula 6 Febuari - 8 Febuari 2009 anjuran MECD di PWTC. Pelancaran program akan dilakukan oleh YAB Perdana Menteri pada 6 Febuari 2009. Program Gerak Usahawan dapat memberi peluang kepada usahawan meluaskan jaringan perniagaan mereka melalui pewujudan agen, traders, pengedar dan usahawan multilevel di bawah perniagaan sedia ada. Gerak Usahawan juga dapat membudayakan orang ramai dalam aspek keusahawanan melalui bengkel-bengkel dan juga seminar usahawan cemerlang yang disampaikan oleh usahawan yang berjaya di dalam bidang perniagaan. Anies Usaha Enterprise akan memperkenalkan produk terbaru jenama manies sepanjang program ini berlangsung.
Tuesday, December 16, 2008
Lawatan pihak FAMA & JABATAN PERTANIAN ke bengkel Anies Usaha Enterprise

Pihak Fama HQ dan wakil dari FAMA Batu Pahat meninjau premis Anies Usaha Enterprise dalam mengenalpasti masalah utama yang dihadapi syarikat dalam usaha pemasaran produk keluar negara.
Monday, December 15, 2008
Anies Usaha Enterprise @ INTRADE 2008

Anies Usaha Enterprise semasa pertemuan dengan buyer dari Singapore yang berminat dengan produk jenama Manies. Syarikat ini akan membuat lawatan ke kilang Anies Usaha Enterprise dan mengadakan perbincangan yang selanjutnya dalam rangka pemasaran produk jenama manies ke pasaran Singapura. Pertemuan dengan buyer ini sempena program INTRADE 2008 yang diatur oleh pihak MATRADE. Bermula pada 13 November - 16 november 2008 ianya memberi peluang kepada usahawan mencari peluang dan meluaskan pemasaran produk ke luar negara.
Wednesday, December 10, 2008
Anies Usaha Enterprise @ Kempen Penurunan Harga Anjuran KPDNHEP @ Uda Ocean Plaza Angsana

Anies Usaha Enterprise merupakan salah satu usahawan IKS yang mengikuti program Kempen Penurunan Harga Barang anjuran KPDNHEP dengan kerjasama Uda Ocean di Plaza Angsana. Kempen ini bermula dari 6 Disember hingga 21 Disember 2008 yang dirasmikan oleh Dato' Shahrir Samad selaku Menteri KPDNHEP pada 7 Disember 2008. Para pengunjung yang membeli produk jenama manies berpeluang menyertai pertandingan uji minda untuk memenangi goody bag serta hamper barangan manies. Para pengunjung juga berpeluang memenangi TV Philips atau Voucher Tunai UO bernilai RM500.00 atau RM100.00 dengan setiap pembelian RM10.00 produk IKS jenama manies. Cabutan Bertuah ini akan dilakukan pada 21 Disember 2008 dan setiap pembelian RM10.00 produk jenama manies pengunjung akan diberikan satu borang cabutan bertuah. Para pengunjung boleh menghantar seberapa banyak borang penyertaan sehingga tarikh cabutan dilakukan. Belilah seberapa banyak produk jenama manies dan rebutlah peluang membawa pulang hadiah menarik yang disediakan. Datanglah beramai-ramai untuk menikmati harga promosi terbaik disamping berpeluang memenangi hadiah menarik yang disediakan dengan setiap pembelian produk jenama manies. Jumpa anda di sana!!!
Monday, December 1, 2008
Aktiviti AUE @ JOM Gegar Belia Negeri Johor 2008

"mmmm memang best!!!...
Sambutan menggalakkan dari para pengunjung tidak kira peringkat usia, kanak-kanak & dewasa menikmati roll biscuit, dodol dan aiskrim kombinasi istimewa produk jenama manies.


Tandatangan dan catatan YB Md. Jais Bin Sarday selaku Exco Penerangan Belia & Sukan semasa melawat booth AUE sempena JOM Gegar Belia Negeri Johor.

Majlis Perasmian Jom Gegar Belia Peringkat Negeri Johor yang dirasmikan oleh Exco Penerangan Kementerian Belia & Sukan Negeri Johor YB Md. Jais Bin Sarday di Plaza Angsana.
Anies Usaha Enterprise @ JOM Gegar Belia Negeri Johor

Subscribe to:
Posts (Atom)