Monday, December 1, 2008

Anies Usaha Enterprise @ JOM Gegar Belia Negeri Johor

Anies Usaha Enterprise telah mengikuti ekspo JOM Gegar Belia Peringkat negeri Johor yang dirasmikan oleh YB Haji Md. Jais Bin Sarday Exco Penerangan Kementerian Belia & Sukan Negeri Johor. Ekspo ini berlangsung selama 5 hari bermula pada 26 November hingga 30 November 2008. Pelbagai acara menarik diadakan seperti Kuiz untuk para pengunjung, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, Pertandingan Kompang, Deklamasi Sajak dan Life Band bagi golongan belia. Para pengunjung di booth AUE telah berpeluang menikmati potongan harga sehingga 10% sekiranya membuat tempahan makanan tradisional produk jenama Manies. Pengunjung yang membeli produk jenama Manies pula berpeluang membawa pulang hadiah misteri yang menarik. Produk kuih sepit atau roll biscuit jenama manies yang dijual bersama aiskrim dan dodol mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua peringkat umur. Program yang diadakan ini amat bermanfaat dan menggalakkan golongan belia menceburi bidang perniagaan. Ekspo ini telah mendapat kerjasama dari NGO seperti ABIM dan Agensi Kerajaan serta Institusi Kewangan seterusnya menjadi satu medan pertemuan antara golongan belia dan agensi yang berkaitan.

No comments: