Wednesday, January 7, 2009

Anies Usaha Enterprise @ Taste Of Malaysia, Anjuran KPDNHEP

Dato' Sharir Samad sedang merasa produk jenama manies kombinasi makanan tradisional dan moden yang menggabungkan roll biscuit, dodol & aiskrim. Kombinasi produk moden dan tradisional jenama manies telah diadakan di Uda Ocean, Plaza Angsana Johor Bahru, sempena program Taste Of Malaysia yang diadakan bermula 6 Disember - 21 disember 2008. Dato' Shahrir Samad semasa lawatan beliau di booth Anies memuji idea kreatif yang diketengahkan oleh syarikat Anies Usaha Enterprise dalam usaha mempromosikan makanan tradisional dengan cara yang berlainan. Konsep ini membolehkan makanan tradisi Malaysia boleh dinikmati bila-bila masa dan sesiapa saja tanpa mengira bangsa serta peringkat umur. Sokongan dan permintaan pelanggan terhadap makanan tradisional jenama manies sepanjang promosi diadakan menunjukkan makanan tradisi ini bukan saja digemari pada musim perayaan semata-mata. Roll Biscuit & Triangle Biscuit atau dikenali sebagai kuih sepit/kuih kapit/roll egg jenama manies menepati citarasa ramai diadun dengan bahan asli terpilih dan segar,dibakar dengan suhu yang sesuai supaya menghasilkan produk yang bermutu dan rangup dalam tempoh masa yang panjang. Produk jenama manies bebas bahan pengawet, bebas pewarna dan bebas perisa tiruan.

No comments: