Wednesday, July 20, 2011

Anies Usaha Enterprise @ Produk Malaysia Citarasa Kita Carrefour


Anies Usaha Enterprise akan mengadakan promosi Pra-Ramadhan di Pasaraya Carrefour dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna di bawah Program Produk Malaysia Citarasa Kita. Sudah pasti produk jenama Manies akan menawarkan harga promosi yang hebat kepada para pelanggan yang ingin membuat tempahan sempena menyambut bulan puasa dan hari lebaran. Kepada para pelanggan yang ingin mencari pendapatan tambahan sepanjang Bulan Ramadhan bolehlah mendapatkan jenama Manies yang mengeluarkan produk makanan tradisional dan moden yang bermutu dan dijamin keenakkannya. Promosi ini bermula pada 22 Julai 2011 hingga 31 Julai 2011.

Bagi para pengunjung yang masih belum mencuba produk jenama Manies anda bolehlah menemui kami di booth Anies Usaha Enterprise yang menawarkan pelbagai produk yang sedap, bermutu dan berkualiti. Selain Dodol, Kuih Kapit dan Kuih Siput serta Coklat kami juga membekalkan bahulu dan kerepek pisang tanduk memandangkan permintaan pelanggan yang menggalakkan pada tahun lalu. Jom ramai-ramai kunjungi promosi sempena menyambut Ramadhan di Program Produk Malaysia Citarasa Kita selama 10 hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Carrefour Tebrau Jalan Kota Tinggi, Johor Bahru. Jumpa anda di sana!

No comments: