Anies Usaha Enterprise telah menyertai Halal Fiesta Malaysia yang berlangsung pada 12 hingga 16 Oktober 2011 yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur. Halfest ini dihoskan oleh HDC dianjurkan bersama MARA dan mendapat kerjasama dari Kementerian Pertanian, JAKIM serta Persatuan Pengguna Islam. Pelbagai aktiviti dan acara menarik diadakan sepanjang pameran ini berlangsung dan booth Anies Usaha mendapat kunjungan dari orang ramai sehingga semua dodol telah habis dijual.
Sunday, November 20, 2011
Wednesday, July 20, 2011
Anies Usaha Enterprise @ Produk Malaysia Citarasa Kita Carrefour

Anies Usaha Enterprise akan mengadakan promosi Pra-Ramadhan di Pasaraya Carrefour dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna di bawah Program Produk Malaysia Citarasa Kita. Sudah pasti produk jenama Manies akan menawarkan harga promosi yang hebat kepada para pelanggan yang ingin membuat tempahan sempena menyambut bulan puasa dan hari lebaran. Kepada para pelanggan yang ingin mencari pendapatan tambahan sepanjang Bulan Ramadhan bolehlah mendapatkan jenama Manies yang mengeluarkan produk makanan tradisional dan moden yang bermutu dan dijamin keenakkannya. Promosi ini bermula pada 22 Julai 2011 hingga 31 Julai 2011.
Bagi para pengunjung yang masih belum mencuba produk jenama Manies anda bolehlah menemui kami di booth Anies Usaha Enterprise yang menawarkan pelbagai produk yang sedap, bermutu dan berkualiti. Selain Dodol, Kuih Kapit dan Kuih Siput serta Coklat kami juga membekalkan bahulu dan kerepek pisang tanduk memandangkan permintaan pelanggan yang menggalakkan pada tahun lalu. Jom ramai-ramai kunjungi promosi sempena menyambut Ramadhan di Program Produk Malaysia Citarasa Kita selama 10 hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Carrefour Tebrau Jalan Kota Tinggi, Johor Bahru. Jumpa anda di sana!
Friday, March 4, 2011
Anies Usaha Enterprise Dodol Mashmallow Chocolate

Sempena tahun 2011 Anies Usaha Enterprise telah memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat iaitu Dodol Mashmallow Coklat. Produk terbaru ini menggabungkan elemen yang mempunyai nilai tradisi dan moden. Sudah pasti para pelanggan yang inginkan kelainan dan sesuatu yang berbeza tetapi istimewa boleh menikmati produk terbaru keluaran Anies Usaha Enterprise. Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi agen dan pengedar boleh hubungi kami di talian 019-728 4436 atau sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk kami tetapi menggunakan jenama sendiri boleh menghantar email di aue_manies@yahoo.com. untuk keterangan lanjut.
Saturday, November 20, 2010
ANIES USAHA ENTERPRISE @PROMOSI CUTI SEKOLAH

Sempena Cuti Sekolah, Anies Usaha Enterprise menawarkan pakej promosi cuti sekolah kepada semua pelanggan di seluruh Malaysia dan Singapura.Kami menyediakan pakej yang cukup menarik untuk majlis keramaian rasmi dan tidak rasmi. Kepada para pelanggan yang telah membuat dan menerima tempahan(Rina di Singapura dan As di Nusajaya), kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memilih jenama manies untuk majlis istimewa anda.Semoga majlis berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan.
Thursday, November 11, 2010
Anies Usaha Enterprise @ Program Groom Big 2010 Plaza Angsana
Anies Usaha Enterprise telah mengikuti Ekspo di bawah program Groom Big yang berlangsung di Plaza Angsana pada 6 November hingga 7 November 2010.Program ini dianjurkan oleh MITI dengan kerjasama SIRIM yang membantu para usahawan kecil merintis pemasaran bukan sahaja di peringkat tempatan malahan di persada antarabangsa.Program ini juga membuka peluang antara pengeluar dan pembeli/pemborong secara langsung dalam usaha membantu pemasaran produk usahawan.
Thursday, October 21, 2010
Anies Usaha Enterprise @ Keusahawanan Multimedia Kreatif
Anies Usaha Enterprise telah mengikuti Kursus Keusahawanan Multimedia Kreatif di Pandan Hotel City bermula pada 20 Oktober 2010 hingga 22 Oktober 2010. Pelbagai maklumat dan pengetahuan baru yang berkaitan dengan multimedia dapat dipelajari oleh para peserta sepanjang kursus tersebut dijalankan.Pembelajaran secara teori dan praktikal yang dijalankan amat berharga. Para peserta dan para fasilitator saling bekerjasama dan aktif sepanjang kursus tersebut berlangsung. Kursus yang dianjurkan oleh pihak IRDA dengan kerjasama INSKEN dan MSC Malaysia amat berfaedah dan banyak memberikan peluang kepada golongan belia, usahawan dan golongan wanita memandangkan pentingnya IT sebagai satu medium promosi yang amat berkesan terutamanya dalam pemasaran.
Sunday, July 25, 2010
Anies Usaha Enterprise @ MITM Persada Johor

Anies Usaha Enterprise telah mengikuti program MITM Travel Fair The Big Travel Sale dengan kerjasama Johor Tourisme di Persada Johor. Anies Usaha Enterprise yang beroperasi di Kampung Sinaran Baru di bawah program Homestay berpeluang memperkenalkan Kampung Sinaran Baru sebagai salah satu pilihan destinasi pelancongan Homestay yang menarik. Promosi ini diadakan bermula 23 Julai 2010 sehingga 25 Julai 2010 dan mendapat sambutan yang baik dari para pengunjung. Dodol dan kuih kapit merupakan produk yang mendapat sambutan dan digemari oleh para pengunjung.
Subscribe to:
Posts (Atom)