Anies Usaha Enterprise will be in Sabah Best Expo 2010 at 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu Sabah, starting 29 Mei 2010 until 31 Mei 2010. Sabah has a good market for dodol and we will explore the oppurtunity and we are looking for a smartpartner. Dodol was used in the ancient Malay community as an excellent gift to build good relationship. Others products from Manies brand is Kuih Kapit or Triangle Biscuit and Kuih Siput. Manies is offer range of quality product brought specially from the Asian Traditional Favorite Snacks with Traditional Recipe since 1950.
Wednesday, March 31, 2010
Friday, March 12, 2010
Anies Usaha Enterprise @ Promosi Cuti Sekolah
Anies Usaha Enterprise mengadakan promosi istimewa sempena cuti sekolah bermula 12hb Mac 2010 hingga 21 Mac 2010. Hubungi 019-728 4436 untuk promosi terbaik.
Monday, December 21, 2009
Anies Usaha Enterprise @ Expo Halal Sempena Maal Hijrah
Anies Usaha Enterprise telah mengadakan promosi bertempat di Komplek Islam Johor Bahru sempena minggu Maal Hijrah 1413. Program ini berlangsung selama 4 hari bermula 17 Disember hingga 20 Disember 2009. Pihak syarikat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Johor dan para pelanggan yang memberikan sokongan sepanjang syarikat mengadakan promosi. Thursday, November 12, 2009
Anies Usaha Enterprise @ Taste Of Malaysia, Giant Plentong Johor.
Anies Usaha Enterprise akan mengikuti Program Produk Malaysia Ciratasa Kita anjuran KPDN HEP dengan kerjasama Pasaraya Giant Plentong. Program ini bermula pada 20 hingga 29 November 2009 jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Centre Court, Hypermarket Giant Plentong Johor Bahru. Pelbagai produk akan dipromosikan terutamanya makanan tradisional memandangkan umat Islam akan menyambut Hari Aidiladha ketika itu. Orang ramai dijemput mengunjungi booth Anies Usaha Enterprise untuk menikmati tawaran istimewa sepanjang promosi tersebut. Monday, October 19, 2009
Anies Usaha Enterprise Jualan Promosi Aidilfitri
Anies Usaha Enterprise mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para pelanggan yang terdiri dari syarikat korporat dan para peniaga yang setia untuk memilih produk keluaran jenama manies yang telah membuka perniagaan bermusim di Kotaraya dan Plaza Angsana. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Pengurusan dan Chef Shokri di Naza Hotel Johor Bahru yang memberi kepercayaan untuk syarikat kami membekal produk makanan tradisional untuk acara yang dijalankan sempena menyambut aidilfitri di hotel berkenaan. Pihak kami amat berpuashati dengan peningkatan sambutan yang diberikan oleh para pelanggan sepanjang bulan ramadhan dan syawal ini walaupun keadaan ekonomi yang agak suram berbanding tahun yang lalu. Kami sentiasa akan mempertingkatkan kualiti pengeluaran produk dan perkhidmatan yang diberikan supaya para pelanggan akan berpuashati. Terima kasih kerana memilih jenama manies sebagai produk pilihan sempena menyambut hari lebaran.Wednesday, August 19, 2009
Promosi Menjelang Ramadhan @ Anies Usaha Enterprise

Anies Usaha Enterprise akan mengadakan promosi secara langsung bermula 27 Ogos - 20 September 2009 di premis Anies Usaha Enterprise di Lot 3679, Kampung Sinaran Baru, Jalan Kempas Lama, Skudai, Johor. Para pelanggan berpeluang membuat pilihan dan membeli terus produk jenama Manies dengan harga yang menarik dengan kualiti yang dijamin terbaik. Antara produk yang ditawarkan merupakan Kuih Sepit Original, Kuih Sepit Bijan, Kuih Sepit Habbatus Sauda', Dodol Asli, Dodol Durian, Dodol Nenas, Dodol Coklat, Baulu, Tat Sepit, Tat Gulung, Snow Almond, Kuih Siput Pedas serta beraneka kuih tradisional dan moden. Kami juga menawarkan pelbagai jenis hamper untuk syarikat dan individu mengikut bajet. Jaminan wang dikembalikan semula sekiranya kualiti produk Manies tidak mengikut spesifikasi sepertimana sample yang diperolehi sebelum pembelian dilakukan. Kunjungi premis Anies Usaha Enterprise yang beroperasi setiap hari pada pukul 9 pagi hingga 7 malam untuk mendapatkan produk bermutu dengan jaminan kualiti terbaik. Selamat menyambut Bulan Ramadhan!
Monday, August 3, 2009
Anies Usaha Enterprise @ Karnival Mega MARA Plaza Angsana
Anies Usaha Enterprise akan mengikuti promosi Karnival Jualan Mega yang dianjurkan oleh MARA negeri Johor yang akan berlangsung pada 8-10 Ogos 2009 di Plaza Angsana. Karnival Jualan MEGA 09 mengenengahkan konsep jualan terus daripada usahawan kepada pengguna dan objektif utama untuk menarik lebih ramai pengguna membeli produk tempatan. Karnival ini melibatkan 70 kawasan seluruh negara merangkumi 14 kawasan di peringkat negeri. Anies Usaha Enterprise menawarkan harga yang istimewa kepada pelanggan yang datang membuat tempahan sepanjang Karnival ini berlangsung. Antara produk terbaru yang akan dipromosikan dengan harga yang menarik sepanjang karnival ini adalah Dodol Bersalut Coklat. Anies Usaha Enterprise juga akan memperkenalkan Spice Triangle Biscuit sempena menyambut perayaan tidak lama lagi. Orang ramai dijemput mendapatkan dan menikmati sendiri keunikan dan rasa sebenar produk terbaru jenama Manies yang pastinya lain dari yang lain serta tidak mengecewakan anda semua. Jumpa anda di sana!
Subscribe to:
Posts (Atom)