Thursday, November 12, 2009

Anies Usaha Enterprise @ Taste Of Malaysia, Giant Plentong Johor.

Anies Usaha Enterprise akan mengikuti Program Produk Malaysia Ciratasa Kita anjuran KPDN HEP dengan kerjasama Pasaraya Giant Plentong. Program ini bermula pada 20 hingga 29 November 2009 jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Centre Court, Hypermarket Giant Plentong Johor Bahru. Pelbagai produk akan dipromosikan terutamanya makanan tradisional memandangkan umat Islam akan menyambut Hari Aidiladha ketika itu. Orang ramai dijemput mengunjungi booth Anies Usaha Enterprise untuk menikmati tawaran istimewa sepanjang promosi tersebut.

Monday, October 19, 2009

Anies Usaha Enterprise Jualan Promosi Aidilfitri

Anies Usaha Enterprise mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para pelanggan yang terdiri dari syarikat korporat dan para peniaga yang setia untuk memilih produk keluaran jenama manies yang telah membuka perniagaan bermusim di Kotaraya dan Plaza Angsana. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Pengurusan dan Chef Shokri di Naza Hotel Johor Bahru yang memberi kepercayaan untuk syarikat kami membekal produk makanan tradisional untuk acara yang dijalankan sempena menyambut aidilfitri di hotel berkenaan. Pihak kami amat berpuashati dengan peningkatan sambutan yang diberikan oleh para pelanggan sepanjang bulan ramadhan dan syawal ini walaupun keadaan ekonomi yang agak suram berbanding tahun yang lalu. Kami sentiasa akan mempertingkatkan kualiti pengeluaran produk dan perkhidmatan yang diberikan supaya para pelanggan akan berpuashati. Terima kasih kerana memilih jenama manies sebagai produk pilihan sempena menyambut hari lebaran.

Wednesday, August 19, 2009

Promosi Menjelang Ramadhan @ Anies Usaha Enterprise


Anies Usaha Enterprise akan mengadakan promosi secara langsung bermula 27 Ogos - 20 September 2009 di premis Anies Usaha Enterprise di Lot 3679, Kampung Sinaran Baru, Jalan Kempas Lama, Skudai, Johor. Para pelanggan berpeluang membuat pilihan dan membeli terus produk jenama Manies dengan harga yang menarik dengan kualiti yang dijamin terbaik. Antara produk yang ditawarkan merupakan Kuih Sepit Original, Kuih Sepit Bijan, Kuih Sepit Habbatus Sauda', Dodol Asli, Dodol Durian, Dodol Nenas, Dodol Coklat, Baulu, Tat Sepit, Tat Gulung, Snow Almond, Kuih Siput Pedas serta beraneka kuih tradisional dan moden. Kami juga menawarkan pelbagai jenis hamper untuk syarikat dan individu mengikut bajet. Jaminan wang dikembalikan semula sekiranya kualiti produk Manies tidak mengikut spesifikasi sepertimana sample yang diperolehi sebelum pembelian dilakukan. Kunjungi premis Anies Usaha Enterprise yang beroperasi setiap hari pada pukul 9 pagi hingga 7 malam untuk mendapatkan produk bermutu dengan jaminan kualiti terbaik. Selamat menyambut Bulan Ramadhan!

Monday, August 3, 2009

Anies Usaha Enterprise @ Karnival Mega MARA Plaza Angsana

Anies Usaha Enterprise akan mengikuti promosi Karnival Jualan Mega yang dianjurkan oleh MARA negeri Johor yang akan berlangsung pada 8-10 Ogos 2009 di Plaza Angsana. Karnival Jualan MEGA 09 mengenengahkan konsep jualan terus daripada usahawan kepada pengguna dan objektif utama untuk menarik lebih ramai pengguna membeli produk tempatan. Karnival ini melibatkan 70 kawasan seluruh negara merangkumi 14 kawasan di peringkat negeri. Anies Usaha Enterprise menawarkan harga yang istimewa kepada pelanggan yang datang membuat tempahan sepanjang Karnival ini berlangsung. Antara produk terbaru yang akan dipromosikan dengan harga yang menarik sepanjang karnival ini adalah Dodol Bersalut Coklat. Anies Usaha Enterprise juga akan memperkenalkan Spice Triangle Biscuit sempena menyambut perayaan tidak lama lagi. Orang ramai dijemput mendapatkan dan menikmati sendiri keunikan dan rasa sebenar produk terbaru jenama Manies yang pastinya lain dari yang lain serta tidak mengecewakan anda semua. Jumpa anda di sana!

Anies Usaha Enterprise @ Seminar Peningkatan Produk Halal Dan Pemasaran Anjuran DPMM

Anies Usaha Enterprise telah mengikuti seminar Sektor Pengeluaran Makanan, Peningkatan Produk Halal Dan Pemasaran yang dianjurkan oleh DPMM pada 3 Ogos 2009. Program ini berlangsung di Hotel Sri Malaysia yang dimulakan dengan ucapan dari Presiden DPMM Tuan Syed Ali Al-Attas. Pihak Smidec, Sirim, Institusi-institusi Kewangan, Mardi dan FAMA juga dijemput untuk memberi taklimat kepada para peserta yang datang ke program ini. Pelbagai aktiviti dirancang dan disediakan oleh pihak DPMM dalam usaha membantu usahawan berskala kecil seperti peningkatan produk dan pemasaran di dalam dan luar negara. Program pertama yang akan dilancarkan di Pekan pahang akan dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib pada 2 November 2009. Program ini akan dibahagikan kepada 4 zon termasuk zon Sabah Dan Sarawak. Sepanjang aktiviti promosi bergerak di setiap peringkat zon, ahli DPMM yang berminat akan mendapat booth untuk mempromosikan produk dengan bayaran minima RM50.00 dan segala pengangkutan produk serta stor disediakan oleh pihak DPMM sendiri. Program ini mendapat kerjasama dan sokongan dari Perdana Menteri yang memberi mandat kepada DPMM untuk membantu merancakkan dan melaksanakan program yang membantu usahawan dalam RMK9.

Friday, July 31, 2009

Anies Usaha Enterprise @ Seminar Peningkatan Daya saing Usahawan Wanita, MPC Wilayah Selatan



Anies Usaha Enterprise akan mengikuti Seminar Peningkatan Daya Saing Usahawan Wanita yang akan berlangsung pada 6 Ogos 2009 di Kompleks MPC Wilayah Selatan Johor Bahru. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk menyahut saranan kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke 9 supaya ramai wanita terlibat dalam Pembangunan Nasional. Usahawan wanita perlu dilengkapkan dengan kepakaran dan pengetahuan bagi membolehkan mereka berdaya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi berasaskan pengetahuan. Antara tajuk yang akan dibentangkan ialah Isu & Cabaran Wanita Dalam Perniagaan disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Hazimah Zainuddin Presiden Peniagawati, disusuli pembentang kedua Y.Bhg. Dato' Azlin Ahmad Shaharbi dengan tajuk Aspek Undang-Undang Menentukan Kejayaan Perniagaan serta Perkongsian Pengalaman Dan Cabaran Dalam Bisnes Keluarga yang disampaikan oleh Pn. Hjh. Norlela Zubir.

Sunday, July 26, 2009

Manies- Dodol Asli, Dodol Bersalut Coklat



Anies Usaha Enterprise memperkenalkan Dodol Bersalut Coklat buatan tangan (Homemade) yang benar-benar enak dan lain dari yang lain! Para pelanggan mempunyai pilihan yang pelbagai samada untuk menikmati Dodol Bersalut Coklat Asli atau diadun bersama Badam atau Gajus Bakar yang sedap dan rangup. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa atau dijadikan cenderahati Korporat, buah tangan untuk saudara mara atau sahabat handai. Pelanggan yang menempah sebelum 31 Ogos 2009 akan mendapat hadiah percuma yang istimewa dari Anies Usaha Enterprise.