Monday, September 22, 2008

Malaysian Traditional Food Planet Jenama Manies


Majlis Perasmian Malaysian Traditional Food Planet Jenama Manies dilancarkan oleh Tan Sri Dato' Azman Hj. Mokhtar Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad di Hotel Putra, Kuala Lumpur 12 Jun 2008. Jenama Manies mengeluarkan produk makanan tradisional yang bukan saja diterima oleh masyarakat tempatan malah pasaran antarbangsa.

Sunday, September 21, 2008

Promosi Musim Perayaan Makanan Tradisional Jenama MANIES , Resipi Tradisi sejak tahun 1950


Roll Biscuit, Triangle Biscuit, Malay Candy & Strawberry Twillis Cookies mendapat permintaan yang menggalakkan dari pelanggan. Kombinasi makanan tradisi dan moden ini menarik pelanggan membuat tempahan untuk dijadikan buah tangan sebagai tanda ingatan sempena menyambut musim perayaan. Sesiapa yang berminat membuat pesanan boleh hubungi talian : 019-728 4436 atau email : aue_manies@yahoo.com

Anies Usaha Enterprise bekerjasama dengan PHASER PKNS

Anies Usaha Enterprise telah menjalinkan kerjasama dengan Usahawan Siswazah Phaser PKNS sebagai rakan niaga bagi memasarkan produk Jenama Manies. Program Phaser ini dianjurkan oleh PKNS dengan kerjasama MARA dan MECD yang mana program ini membantu siswazah untuk menjadi Usahawan dalam masa 6 bulan.

Sesi Dialog Bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas


Anies Usaha Enterprise telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed di MAHA 2008, bagi membincangkan dan mengutarakan masalah dan cabaran semasa yang dihadapi sebagai usahawan IKS.

Anies Usaha @ Ekspo PKS 2008 Plaza Angsana





Dato' Abdul Ghani Othman bersama Datuk Maulizan Bujang meninjau booth Anies di Ekspo PKS , Plaza Angsana Johor Bahru.



Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman berkata, "Pembangunan Iskandar Malaysia secara tidak langsung akan memberi banyak peluang untuk dimanfaatkan sektor Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) di Johor. Kita cuma perlu kepada langkah-langkah yang menjadikan sektor ini lebih kukuh kerana sudah menjadi lumrah, untuk sampai kepada pasaran luas, perlu kepada peningkatan mutu, kuantiti, pembungkusan, dan penjenamaan yang lebih baik."

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Ekspo Perusahaan Kecil dan Sederhana Johor 2008, di Plaza Angsana Johor Bahru, 11 Ogos 2008. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Abdul Latiff Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi, Dato’ Maulizan Bujang.

Thursday, September 18, 2008

Hamper Pelbagai Pilihan Keluaran Anies Usaha Enterprise


Pelbagai pilihan untuk pelanggan bagi melengkapkan kemeriahan musim perayaan dengan hamper yang klasik dan tradisi. Aneka pilihan disediakan supaya para pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
Goody bag juga menjadi pilihan pelanggan yang memerlukan buah tangan yang ringkas sebagai tanda ingatan tetapi lengkap dengan pakej makanan tradisi amat sesuai untuk sambutan musim perayaan.

Anies Membekal Hamper Makanan Tradisional dan Aneka Biskut




Hamper kotak mengkuang amat diminati oleh pelanggan yang gemarkan suasana klasik dan tradisi. Kad ucapan turut disediakan kepada pelanggan yang menempah hamper untuk dihadiahkan kepada rakan, teman dan saudara mara.







Homemade quality, sedap & halal kerana 100% buatan muslim. Aneka biskut raya tradisi diolah dengan citarasa terkini.


Tower hamper merupakan salah satu jenis hamper yang disediakan oleh Anies Usaha Enterprise atas permintaan pelanggan.