Tuesday, May 12, 2009

Anies Usaha Enterprise @ Karnival Keusahawanan & Kerjaya Peringkat Kebangsaan PWTC

Anies Usaha Enterprise akan mengikuti Karnival Usahawan & Kerjaya Peringkat Nasional yang akan berlangsung di PWTC Booth E040 bermula pada 15 Mei hingga 17 Mei 2009. Para pengunjung boleh menikmati potongan harga yang menarik sekiranya membuat tempahan bagi majlis keramaian, majlis perkahwinan atau kenduri. Dijemput datang beramai-ramai dan nikmati promosi barangan jenama manies yang terbaik dan istimewa.

Friday, May 1, 2009

Anies Usaha Enterprise @ Ekspo Perdagangan Kempen Beli Barangan Malaysia 2009

Anies Usaha Enterprise akan mengikuti Ekspo Perdagangan Kempen Beli Barangan Malaysia 2009 yang dianjurkan oleh Pihak Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna. Ekspo ini akan bermula pada 6 hingga 10 Mei 2009 yang akan berlangsung di PERSADA International Centre, Johor Bahru. Ekspo ini bertujuan untuk menggalakkan perkembangan ekonomi di dalam negara dan menggalakkan pengguna untuk membeli Barangan Buatan Malaysia.

Tuesday, March 24, 2009

Anies Usaha Enterprise @ Pesta Masakan Warisan 2009

YB Toh Puan Zurina Kassim Negeri Melaka telah merasmikan Colors Of Malaysia 2009. Beliau turut mengunjungi booth Anies Usaha Enterprise merasa kagum dan menyokong usaha yang dilakukan oleh syarikat dalam usaha memperkenalkan makanan tradisi Malaysia kepada masyarakat di dalam dan luar negara dengan mutu dan kualiti yang terbaik. Pesta Masakan Warisan 2009 merupakan salah satu acara dalam Colours of Malaysia yang berlangsung dari 12-15 Mac 2009 di sepanjang Jalan Kota, Melaka yang memaparkan masakan warisan masyarakat kaum di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Babanyonya, Chetti Portugis dan Orang Asli. Anies Usaha Enterprise merupakan salah seorang peserta mewakili negeri Johor turut menyertai pameran tersebut. Kebanyakan pengunjung terdiri dari para pelancong dari dalam dan luar negara.Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Seet Har Cheow.

Monday, March 2, 2009

Anies Usaha Enterprise @ Colors Of Malaysia 2009 Bandar Hilir Melaka

Anies Usaha Enterprise will participate Colors Of Malaysia @ Bandar Hilir Melaka from 12 March until 15 March 2009. This is the market area of Melaka around midnight. Melaka was a really cool place, but we only got to spend a few hours there. Colours of Malaysia is a cornucopia of spectacular traditional performances, colourful parades as well as exquisite arts and crafts. Don't miss the marvellous food fiestas held at various parts of the country in conjunction with this event.

Monday, January 12, 2009

Anies Usaha Enterprise @ 14th Pasir Gudang International Kite Festival

Anies Usaha Enterprise will participate 14th Pasir Gudang International Kite Festival from 16 February 2009 Until 23 February 2009. The windy season is back at Bukit Layang-Layang in Pasir Gudang for this exciting international event that sees competitive participations from England, Germany, United States, Ghana, Cape Town, Japan, China and ASEAN countries. This is the best way for Anies Usaha Enterprise to promote Malaysian Traditional Food with Manies brand to tourist.

Wednesday, January 7, 2009

Aktiviti Anies Usaha Enterprise 2008

Anies Usaha Enterprise merupakan salah seorang Usahawan Nur di bawah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor. Pengarah JPW Puan Rosmawati tertarik dengan pembungkusan produk jenama manies walaupun produk keluaran Anies merupakan makanan tradisional. Beliau berpendapat persembahan dan konsep jenama manies yang ditampilkan berbeza dan menarik menjadikan ianya unik dan istimewa.


Anies Usaha Enterprise ketika mengikuti kursus kejurujualan kreatif anjuran MARA Negeri Johor bergambar bersama para peserta kursus. Kursus ini diadakan di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru selama 3 hari. Kursus ini juga telah berjaya menambahkan dan meluaskan jaringan di kalangan para peserta disamping membolehkan para peserta bertukar-tukar idea dan pendapat bagi meningkatkan lagi pemasaran produk.

Anies Usaha Enterprise @ Taste Of Malaysia, Anjuran KPDNHEP

Dato' Sharir Samad sedang merasa produk jenama manies kombinasi makanan tradisional dan moden yang menggabungkan roll biscuit, dodol & aiskrim. Kombinasi produk moden dan tradisional jenama manies telah diadakan di Uda Ocean, Plaza Angsana Johor Bahru, sempena program Taste Of Malaysia yang diadakan bermula 6 Disember - 21 disember 2008. Dato' Shahrir Samad semasa lawatan beliau di booth Anies memuji idea kreatif yang diketengahkan oleh syarikat Anies Usaha Enterprise dalam usaha mempromosikan makanan tradisional dengan cara yang berlainan. Konsep ini membolehkan makanan tradisi Malaysia boleh dinikmati bila-bila masa dan sesiapa saja tanpa mengira bangsa serta peringkat umur. Sokongan dan permintaan pelanggan terhadap makanan tradisional jenama manies sepanjang promosi diadakan menunjukkan makanan tradisi ini bukan saja digemari pada musim perayaan semata-mata. Roll Biscuit & Triangle Biscuit atau dikenali sebagai kuih sepit/kuih kapit/roll egg jenama manies menepati citarasa ramai diadun dengan bahan asli terpilih dan segar,dibakar dengan suhu yang sesuai supaya menghasilkan produk yang bermutu dan rangup dalam tempoh masa yang panjang. Produk jenama manies bebas bahan pengawet, bebas pewarna dan bebas perisa tiruan.