Anies Usaha Enterprise telah mengadakan promosi bertempat di Komplek Islam Johor Bahru sempena minggu Maal Hijrah 1413. Program ini berlangsung selama 4 hari bermula 17 Disember hingga 20 Disember 2009. Pihak syarikat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Johor dan para pelanggan yang memberikan sokongan sepanjang syarikat mengadakan promosi. Monday, December 21, 2009
Anies Usaha Enterprise @ Expo Halal Sempena Maal Hijrah
Anies Usaha Enterprise telah mengadakan promosi bertempat di Komplek Islam Johor Bahru sempena minggu Maal Hijrah 1413. Program ini berlangsung selama 4 hari bermula 17 Disember hingga 20 Disember 2009. Pihak syarikat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Johor dan para pelanggan yang memberikan sokongan sepanjang syarikat mengadakan promosi. Thursday, November 12, 2009
Anies Usaha Enterprise @ Taste Of Malaysia, Giant Plentong Johor.
Anies Usaha Enterprise akan mengikuti Program Produk Malaysia Ciratasa Kita anjuran KPDN HEP dengan kerjasama Pasaraya Giant Plentong. Program ini bermula pada 20 hingga 29 November 2009 jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Centre Court, Hypermarket Giant Plentong Johor Bahru. Pelbagai produk akan dipromosikan terutamanya makanan tradisional memandangkan umat Islam akan menyambut Hari Aidiladha ketika itu. Orang ramai dijemput mengunjungi booth Anies Usaha Enterprise untuk menikmati tawaran istimewa sepanjang promosi tersebut. Monday, October 19, 2009
Anies Usaha Enterprise Jualan Promosi Aidilfitri
Anies Usaha Enterprise mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para pelanggan yang terdiri dari syarikat korporat dan para peniaga yang setia untuk memilih produk keluaran jenama manies yang telah membuka perniagaan bermusim di Kotaraya dan Plaza Angsana. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Pengurusan dan Chef Shokri di Naza Hotel Johor Bahru yang memberi kepercayaan untuk syarikat kami membekal produk makanan tradisional untuk acara yang dijalankan sempena menyambut aidilfitri di hotel berkenaan. Pihak kami amat berpuashati dengan peningkatan sambutan yang diberikan oleh para pelanggan sepanjang bulan ramadhan dan syawal ini walaupun keadaan ekonomi yang agak suram berbanding tahun yang lalu. Kami sentiasa akan mempertingkatkan kualiti pengeluaran produk dan perkhidmatan yang diberikan supaya para pelanggan akan berpuashati. Terima kasih kerana memilih jenama manies sebagai produk pilihan sempena menyambut hari lebaran.Wednesday, August 19, 2009
Promosi Menjelang Ramadhan @ Anies Usaha Enterprise

Monday, August 3, 2009
Anies Usaha Enterprise @ Karnival Mega MARA Plaza Angsana
Anies Usaha Enterprise akan mengikuti promosi Karnival Jualan Mega yang dianjurkan oleh MARA negeri Johor yang akan berlangsung pada 8-10 Ogos 2009 di Plaza Angsana. Karnival Jualan MEGA 09 mengenengahkan konsep jualan terus daripada usahawan kepada pengguna dan objektif utama untuk menarik lebih ramai pengguna membeli produk tempatan. Karnival ini melibatkan 70 kawasan seluruh negara merangkumi 14 kawasan di peringkat negeri. Anies Usaha Enterprise menawarkan harga yang istimewa kepada pelanggan yang datang membuat tempahan sepanjang Karnival ini berlangsung. Antara produk terbaru yang akan dipromosikan dengan harga yang menarik sepanjang karnival ini adalah Dodol Bersalut Coklat. Anies Usaha Enterprise juga akan memperkenalkan Spice Triangle Biscuit sempena menyambut perayaan tidak lama lagi. Orang ramai dijemput mendapatkan dan menikmati sendiri keunikan dan rasa sebenar produk terbaru jenama Manies yang pastinya lain dari yang lain serta tidak mengecewakan anda semua. Jumpa anda di sana!Anies Usaha Enterprise @ Seminar Peningkatan Produk Halal Dan Pemasaran Anjuran DPMM
Anies Usaha Enterprise telah mengikuti seminar Sektor Pengeluaran Makanan, Peningkatan Produk Halal Dan Pemasaran yang dianjurkan oleh DPMM pada 3 Ogos 2009. Program ini berlangsung di Hotel Sri Malaysia yang dimulakan dengan ucapan dari Presiden DPMM Tuan Syed Ali Al-Attas. Pihak Smidec, Sirim, Institusi-institusi Kewangan, Mardi dan FAMA juga dijemput untuk memberi taklimat kepada para peserta yang datang ke program ini. Pelbagai aktiviti dirancang dan disediakan oleh pihak DPMM dalam usaha membantu usahawan berskala kecil seperti peningkatan produk dan pemasaran di dalam dan luar negara. Program pertama yang akan dilancarkan di Pekan pahang akan dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib pada 2 November 2009. Program ini akan dibahagikan kepada 4 zon termasuk zon Sabah Dan Sarawak. Sepanjang aktiviti promosi bergerak di setiap peringkat zon, ahli DPMM yang berminat akan mendapat booth untuk mempromosikan produk dengan bayaran minima RM50.00 dan segala pengangkutan produk serta stor disediakan oleh pihak DPMM sendiri. Program ini mendapat kerjasama dan sokongan dari Perdana Menteri yang memberi mandat kepada DPMM untuk membantu merancakkan dan melaksanakan program yang membantu usahawan dalam RMK9.Friday, July 31, 2009
Anies Usaha Enterprise @ Seminar Peningkatan Daya saing Usahawan Wanita, MPC Wilayah Selatan

Anies Usaha Enterprise akan mengikuti Seminar Peningkatan Daya Saing Usahawan Wanita yang akan berlangsung pada 6 Ogos 2009 di Kompleks MPC Wilayah Selatan Johor Bahru. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk menyahut saranan kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke 9 supaya ramai wanita terlibat dalam Pembangunan Nasional. Usahawan wanita perlu dilengkapkan dengan kepakaran dan pengetahuan bagi membolehkan mereka berdaya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi berasaskan pengetahuan. Antara tajuk yang akan dibentangkan ialah Isu & Cabaran Wanita Dalam Perniagaan disampaikan oleh Y.Bhg Dato' Hazimah Zainuddin Presiden Peniagawati, disusuli pembentang kedua Y.Bhg. Dato' Azlin Ahmad Shaharbi dengan tajuk Aspek Undang-Undang Menentukan Kejayaan Perniagaan serta Perkongsian Pengalaman Dan Cabaran Dalam Bisnes Keluarga yang disampaikan oleh Pn. Hjh. Norlela Zubir.
Sunday, July 26, 2009
Manies- Dodol Asli, Dodol Bersalut Coklat

Anies Usaha Enterprise memperkenalkan Dodol Bersalut Coklat buatan tangan (Homemade) yang benar-benar enak dan lain dari yang lain! Para pelanggan mempunyai pilihan yang pelbagai samada untuk menikmati Dodol Bersalut Coklat Asli atau diadun bersama Badam atau Gajus Bakar yang sedap dan rangup. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa atau dijadikan cenderahati Korporat, buah tangan untuk saudara mara atau sahabat handai. Pelanggan yang menempah sebelum 31 Ogos 2009 akan mendapat hadiah percuma yang istimewa dari Anies Usaha Enterprise.Thursday, July 23, 2009
TRADE AND INVESTMENT MISSION TO SINGAPORE 05 - 07 AUGUST 2009
Anies Usaha Enterprise will participate Programme for Malaysian Business Delegation on 6 August 2009. The objective of the trade & investment mission is to enhance bilateral trade and investment ties between Malaysia and Singapore. In conjunction with this mission, seminars will be organized in Raffles City Convention Centre, Singapore. To further enhance business collaboration between the private sectors of Malaysia and Singapore, individual business meetings will be organized between members of the Malaysian delegation and their Singaporean counterparts to facilitate discussions on business proposals.Wednesday, July 22, 2009
Promosi Anies Usaha Enterprise Sempena Bulan Ramadhan Dan Syawal 2009
Tempahan hamper dan makanan tradisional seperti dodol dan kuih sepit dengan tawaran harga yang menarik dibuka sehingga 31 Ogos 2009. Dodol bersalut Chocolate merupakan produk terbaru Anies Usaha Enterprise yang mendapat sambutan hangat sejak ia dilancarkan pada 21 Jun 2009 di Persada yang lalu. Tat Sepit, Tat Gulung dan Biskut Dahlia serta Snow White Cookies merupakan produk yang mendapat permintaan yang tinggi sejak tahun lepas.
Antara produk keluaran Anies Usaha Enterprise sempena menyambut Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini ialah Chocolate Almond Finger. Diperbuat dari bahan-bahan bermutu dan terpilih supaya keenakkannya jelas terasa dan sesuai bagi para pelanggan yang mementingkan kualiti dan rasa.Anies Usaha Enterprise Menyediakan Perkhidmatan Pembelian Serta Pembayaran Secara Online

Wednesday, July 1, 2009
Anies Usaha Enterprise @ Malaysian Domestic Tourism Fair 2009 (MDTF 09')

Tuesday, June 16, 2009
Anies Usaha Enterprise @ Karnival Syoknya RasaMas Peringkat Akhir
Anies Usaha Enterprise akan mengikuti Karnival Syoknya RasaMas Peringkat Akhir yang akan berlangsung pada 21 Jun 2009 di Persada Johor Bahru. Disamping pertandingan akhir Syoknya RasaMas dengan kerjasama TV3, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Pertandingan Mewarna dan pelbagai Indoor Games bagi kanak-kanak yang dianjurkan oleh pihak KFC. Anies Usaha Enterprise juga akan mempromosikan produk terbaru Coklat Dodol dengan pelbagai variasi dan perisa yang menarik. Kunjungi Booth Anies Usaha Enterprise bagi mendapatkan tawaran yang hebat dan menarik disamping menikmati produk tradisi sejak tahun 1950 ini. Perasmian akan dilangsungkan oleh Presiden DPIM Tan Sri Ali Hashim. Disamping itu Dato' Siti Nurhaliza akan membuat persembahan disamping Pengacara Jemputan Salleh Yaakob yang akan menghoskan Pertandingan Akhir Syoknya RasaMas. Jumpa anda di sana!!!Tuesday, June 2, 2009
Cheff Liza Zainol @ Anies Usaha Enterprise
Monday, June 1, 2009
Promosi Produk Dodol Jenama Manies di PERSADA dan Plaza Angsana
Anies Usaha Enterprise akan mengadakan promosi memperkenalkan produk dodol dengan tawaran terbaik bermula Jun 2009 bagi mencari agen dan pengedar baru yang berminat untuk memasarkan produk terutama sempena menyambut Bulan Ramadhan tidak lama lagi. Bagi para pengedar yang berminat dan ingin membuat membuat tempahan awal akan menikmati harga promosi yang terbaik berbanding tempahan yang dilakukan menjelang bulan Ramadhan. Kunjungi booth Anies Usaha Enterprise di Persada sempena Karnival Halal Johor bermula 4 Jun hingga 7 Jun 2009 dan Expo Indo-Asean 24 Jun hingga 28 Jun 2009. kami juga akan mengadakan promosi di Karnival Jualan Mega Anjuran Mara di Plaza Angsana bermula 24 Julai hingga 26 Julai 2009. Kunjungi kami semasa ekspo bagi mendapatkan maklumat lanjut dan merasai sendiri kelazatan dan kualiti produk keluaran Anies Usaha Enterprise. Produk bukan saja boleh didapati dalam pek siap dibungkus malahan kami juga boleh membekalkan produk dalam timbangan kilo untuk dipek semula. Segera kunjungi kami dan jangan lepaskan peluang sementara tawaran masih terbuka!Sunday, May 31, 2009
Anies Usaha Enterprise @ Karnival Halal Johor, PERSADA

Thursday, May 28, 2009
Anies Usaha Enterprise @ Festival Produk Johor, Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah.

Tuesday, May 26, 2009
Karnival Mega Jualan Mara @ Plaza Angsana
5th Indoo-Asia Trade and Tourism Expo 2009 @ Plaza Angsana Johor Bahru
Anies Usaha Enterprise @ Plaza Pelangi Johor Bahru Pelangi Fruits Fest And Food
Thursday, May 14, 2009
Peluang Kerjaya DAn Keusahawanan Bersama Anies Usaha Enterprise
Tuesday, May 12, 2009
Anies Usaha Enterprise @ Karnival Keusahawanan & Kerjaya Peringkat Kebangsaan PWTC
Friday, May 1, 2009
Anies Usaha Enterprise @ Ekspo Perdagangan Kempen Beli Barangan Malaysia 2009
Tuesday, March 24, 2009
Anies Usaha Enterprise @ Pesta Masakan Warisan 2009
YB Toh Puan Zurina Kassim Negeri Melaka telah merasmikan Colors Of Malaysia 2009. Beliau turut mengunjungi booth Anies Usaha Enterprise merasa kagum dan menyokong usaha yang dilakukan oleh syarikat dalam usaha memperkenalkan makanan tradisi Malaysia kepada masyarakat
di dalam dan luar negara dengan mutu dan kualiti yang terbaik. Pesta Masakan Warisan 2009 merupakan salah satu acara dalam Colours of Malaysia yang berlangsung dari 12-15 Mac 2009 di sepanjang Jalan Kota, Melaka yang memaparkan masakan warisan masyarakat kaum di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Babanyonya, Chetti Portugis dan Orang Asli. Anies Usaha Enterprise merupakan salah seorang peserta mewakili negeri Johor turut menyertai pameran tersebut. Kebanyakan pengunjung terdiri dari para pelancong dari dalam dan luar negara.Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Seet Har Cheow.Monday, March 2, 2009
Anies Usaha Enterprise @ Colors Of Malaysia 2009 Bandar Hilir Melaka
Monday, January 12, 2009
Anies Usaha Enterprise @ 14th Pasir Gudang International Kite Festival
Anies Usaha Enterprise will participate 14th Pasir Gudang International Kite Festival from 16 February 2009 Until 23 February 2009. The windy season is back at Bukit Layang-Layang in Pasir Gudang for this exciting international event that sees competitive participations from England, Germany, United States, Ghana, Cape Town, Japan, China and ASEAN countries. This is the best way for Anies Usaha Enterprise to promote Malaysian Traditional Food with Manies brand to tourist.Wednesday, January 7, 2009
Aktiviti Anies Usaha Enterprise 2008
Anies Usaha Enterprise merupakan salah seorang Usahawan Nur di bawah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor. Pengarah JPW Puan Rosmawati tertarik dengan pembungkusan produk jenama manies walaupun produk keluaran Anies merupakan makanan tradisional. Beliau berpendapat persembahan dan konsep jenama manies yang ditampilkan berbeza dan menarik menjadikan ianya unik dan istimewa.Anies Usaha Enterprise @ Taste Of Malaysia, Anjuran KPDNHEP
Dato' Sharir Samad sedang merasa produk jenama manies kombinasi makanan tradisional dan moden yang menggabungkan roll biscuit, dodol & aiskrim. Kombinasi produk moden dan tradisional jenama manies telah diadakan di Uda Ocean, Plaza Angsana Johor Bahru, sempena program Taste Of Malaysia yang diadakan bermula 6 Disember - 21 disember 2008. Dato' Shahrir Samad semasa lawatan beliau di booth Anies memuji idea kreatif yang diketengahkan oleh syarikat Anies Usaha Enterprise dalam usaha mempromosikan makanan tradisional dengan cara yang berlainan. Konsep ini membolehkan makanan tradisi Malaysia boleh dinikmati bila-bila masa dan sesiapa saja tanpa mengira bangsa serta peringkat umur. Sokongan dan permintaan pelanggan terhadap makanan tradisional jenama manies sepanjang promosi diadakan menunjukkan makanan tradisi ini bukan saja digemari pada musim perayaan semata-mata. Roll Biscuit & Triangle Biscuit atau dikenali sebagai kuih sepit/kuih kapit/roll egg jenama manies menepati citarasa ramai diadun dengan bahan asli terpilih dan segar,dibakar dengan suhu yang sesuai supaya menghasilkan produk yang bermutu dan rangup dalam tempoh masa yang panjang. Produk jenama manies bebas bahan pengawet, bebas pewarna dan bebas perisa tiruan.